Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Keguguran??
Assalamualaikum semua, saya disahkan keguguran anak pertama saya yang saya menanti selama dua tahun. makin lama hati ni rasa tak kuat. saya tak sangka saya berpantang sebelum ni tengok kakak berpantang bersalin je. tak apa lah kalau Allah dah tertulis ini jalan yang Allah bagi, kena terima dengan hati yang terbuka. terima kasih mommy2 semua selalu bagi tips & membantu saya bila saya tak tahu apa pantang larang ketika mengandung. semoga kandungan ibu2 semua sihat ye❤️ semoga hari akan datang bertemu lagi?? terima kasih❤️
tak tau nak seram ke nak happy
semalam pergi hospital, doctor cakap kandungan saya dah takde. rahim dah kosong. dengan hati yang terbuka saya terpaksa terima walaupun dah dua tahun menanti. tapi nak buat macam mana dah Allah yang tentukan kan? ? tapi harini saya bleeding banyak sangat. pergilah balik hospital kononnya nak cuci lah. tapi doctor pakar check kantung saya ada & kantung makin membesar. mengamuk doctor pakar tu dekat doctor satu lagi. nasib baik tak cuci dulu. tapi saya taktahu pendarahan ni kenapa, kakak ipar saya kata mungkin bunting pelanduk. ada sesiapa pernah kena ke bunting pelanduk? bahaya ke?
Keguguran
terima kasih ibu2 kongsi ilmu, harini saya keguguran anak pertama. perasaan bercampur sedih & redha. takpelah, anak syurga tunggu saya dekat sana. terima kasih ye
Semoga Allah lindungi saya & baby???
Kemarin saya pergi klinik, scan. anggaran saya pregnant dah 9 minggu. scan sana sini, takde kantung & baby ? susah hati sangat. Klinik tu suruh saya pergi hospital untuk scan bawah pula. Sampai terus scan ikut bawah, pun tak ada. Doctor ni jumpa bulat kecik & suspek saya kandungan anggur. luluh hati ni sampai tak terkata, sepatutnya kemarin saya kena tahan ward & saya kena buang kandungan anggur tu. kali ke 5 scan, doctor pakar pulak kata mungkin saya bukan kandungan anggur, ni salah tarikh. nasib baik setiap kali saya buat UPT mesti amik gambar, check balik tarikh. 13/11 saya masih negative, UPT start positive 18/11. Doctor kata tak mungkin kandungan 2bulan tapi 13/11 tu masih negative. ni sah salah tarikh. Klinik cuma bagi anggaran sahaja, bila diukur kantung tu, kemungkinan kandungan saya baru 5 minggu. 3 hari saya tidur tak lena, lepas doctor pakar cakap macam tu. Alhamdullilah lega hati. tapi lega tu tak sepenuhnya, tersimpan sikit rasa risau. harap2 dua minggu lagi kantung saya & baby dah boleh nampak ? insyallah, serah pada Allah je ni. 2 tahun berharap, hari pertama positive, bahagia tu Allah je tahu. tak apa lah, kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan. Saya minta mommy2 dekat luar sana, tolong doakan saya & anak saya ye??
Syukur Alhamdullilah
semalam & petang tadi saya pergi klinik swasta untuk check kandungan membesar atau tidak. pergi klinik dr nurul, tiba2 scan tak nampak apa. kena pulak pergi hospital, hospital pun tak nampak kantung atau apa2. sampai dr syak saya kandungan anggur, kali ke 3 scan doctor pakar yang check & dia kata ikutkan kedudukan ni bukan kandungan anggur tapi ni kantung kecil & salah tarikh due date. kalau lah doctor pakar tu tak check, rasanya malam ni tahan wad & esok pagi kena keluarkan “kandungan anggur” tu. nasib baik lah dr bagi balik & datang dua minggu lagi. harap2 betul lah kandungan masih kecil ? sayu hati bila dalam excited ni ttbe sebenarnya anak tu tak ada. susah nak tgok suami sedih, bila jdi mcm ni dia pun nangis?
Susah hati
UPT positive tapi scan kosong? anggaran 9minggu dah pregnant. takkan 9 minggu tak nampak apa2 ?
Dilema ?
Saya baru 9weeks pregnant, tapi saya keliru saya buncit sebab lemak atau buncit sebab pregnant? ?
True story.
29/10 saya kerja, saya kalau malas keluar mall saya makan apa yang ada je kat tempat kerja. saya beli lah laksa, ada nanas pulak tu? beriya makan ye. hahaha geli hati campur seram bila ingat balik. 2/11 pulak saya pindah rumah, saya angkat barang berat, kemas rumah, cuci baju. 10/11 saya lumba lari dengan kakak2 ? saje hilangkan bosan adik beradik hahaha. alhamdullilah sampai ke harini kandungan saya selamat, saya hari2 naik motor besar. saya tak sangka Allah jagakan kandungan saya sampai 8 bulan. sekarang, motor saya tak berusik langsung? semoga Allah lindungi kami?❤️ kahwin 11/11/17, tahu pregnant 11/11/19 ???? cantiknya jalan cerita saya Allah aturkan??? Syukur sangat???
Risau sebenarnya
Baby 8 minggu kalau scan memang tak nampak eh?
Positive or negative?
Mengandung ke kalau mcm ni?