PERKONGSIAN BERSAMA #KEGUGURAN

Keguguran... Ramai wanita hamil yang mengalami keguguran bingung kenapa mereka mengalami keguguran. Tidak kurang juga yang menyalahkan diri sendiri, mungkin gugur kerana makan itu, mungkin gugur kerana buat itu, mungkin gugur kerana tka buat ini. Pelbagai andaian bermain di minda mereka. Namun apa yang penting untuk mereka faham adalah, lebih 50% keguguran yang berlaku adalah bukan disebabkan kesilapan anda. Ia adalah kerana masalah janin itu sendiri. Selain itu, punca-punca lain adalah seperti trauma, jangkitan kuman dan masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit autoimmune seperti SLE dan lain-lain. Tetapi bukan semua wanita mengalami keguguran yang sama. Ada pelbagai jenis keguguran yang mungkin berlaku, dan kaedah rawatan juga berbeza mengikut jenis2nya. Jon saya share sedikit berkaitan jensi-jenis keguguran yang mungkin berlaku. 1. Threatened Miscarriage. Maaf saya tak dapat nak translate ke bahasa melayu. Kandungan ini mungkin akan selamat. Sedikit pendarahan akan berlaku, dan ultrasound masih menunjukkan kandungan yang sihat, jantung yang masih berdegup dengan baik. Dengan rehat secukupnya, kandungan mungkin akan selamat. 2. Missed Miscarriage Keguguran jenis ini adalah amat menyedihkan. Ia paling menyentuh jiwa kerana ibu yang mengandung tidak mengalami apa2 simptoms seperti pendarahan atau sakit perut. Mungkin hanya sedikit discaj yang berwarna coklat. Biasanya Dr akan detect sewaktu buat scan. Masa scan, Dr boleh nampak kantung dan janin, namun tida pergerakan dan degupan jantung boleh dilihat. 3. Complete Miscarriage Keguguran jenis ini paling mudah. Biasanya ibu yang mengalami complete miscarriage akan mengalami pendarahan yang banyak, sakit perut dan ketulan janin akan keluar bersama darah. Jika ini berlaku, Dr akan scan dan pastikan tiada yang tertinggal di dalam rahim. Sekiranya tiada, ibu akan dibenarkan pulang tanpa perlu sebarang prosedur atau ubat. 4. Incomplete Miscarriage Keguguran jenis ini adalah yang mana seperti complete miscarriage, tetapi bila scan, didapati akan tisu yang tertinggal dalam rahim. Jadi ibu perlu menjalani D&C untuk mengeluarkan tisu yang tertinggal itu. Orang biasa panggil operation cuci rahim. Semoga bermanfaat.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pernah lalui kesemua situasi di atas bg 4 kali keguguran. Dan skrg saya hamil lg utk kali yg ke 8 dgn kandungan dah mencecah usia 21 w. Doakan saya dan baby selamat hingga ke saat kelahiran. Rasa bimbang masih ada.

5y ago

semoga baby n sis selamat dan baik2 jer .. aamiin

Sy no 3 sis.. Turun darah banyak & lama... Scan perut mmg kosong.. & doc kata tak perlu cuci.. Terima kasih share ilmu😘