AVOCADO

Kat sini ada tak ibu2 yang pengemar buah avocado .. nak tanya sedap tak ? Sbb selalu nampk kat pasaraya nak beli tapi takut tak sedap ... And apa rasa dia .. seumur hidup tak pernah makan , tapi selalu dgr untuk diet dan ibu mengandung elok ..

40 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sedap rasa lemak kacang gtu. Jenama dole sy suka sedap sgt la. Beli kt tesco tak berapa sedap janji makan dia.. Bagus jugak lost weight, paling best orang tengah diet mkn avokado boleh reshape body. beli warna gelap tanda dah masak. Yg hjau tak masak kena peram dlm kertas @ peram skali dgn pisang. Petua la

Baca lagi
VIP Member

Sedappp, sy & anak suka makan, buat jus pun boleh. Usually sy buat avocado toast, either potong gitu je or mashedkan add salt (boleh add perah lime sikit kalau nak) then spread atas toast / wrap, makan dengan ham slice & eggs etc. Indeed tak semua boleh makan avocado ni, lain org lain rasa 😊

avocado rasa dia mcm telur rebus berlemak creamy. org makan mcm tu je xmasuk kdg. saya suka avocado tpi jrg beli mahal la sebijik dalam rm 10 🥑😂 makan jdikan juice letak ais ngan susu sedap avocado ni baik untuk ibu mengandung .

VIP Member

Selera setiap org berbeza. Macam saya, saya tak boleh telan buah avacado yg potong tu. Tekak tak dapat terima rasa dia. Tapi kalau dah jadi jus, campur susu dan milo, saya boleh telan. Cuba lah sis, ramai yg suka

sedap. lagi kalau buat ice blend 😋 sis try laa buat avocado + fresh milk + susu pekat sikit + ice pastu blend.cari avocado yg lembik sikit yg da masak. jgn beli yg keras nanti ade rase pahit

VIP Member

avocado buat jus sdp..klu sy blend dgn susu pastu tmbh gula melaka..Ya Allah sedapnya..bg sy ltk coklat kurg skit..ltk gula melaka lbh yummy..depend pd org la..lain org lain citarasa..🤭😋

Rasa berlemak tapi tawar , selalu org mkn cicah susu pekat , tpi bagi saya cukup la sekali ja sya mkn tetap tk leh masuk dngn tekak , beli ritu sekali sebb curios sngat mcam mna rasa dia 🤣

Buah tu baik utk diet. Tapi saya sendiri tak dpt mkn walaupun org kata sedap campur dgn susu. Lain sgt rasanya sampai muntah balik. Saya lebih suka buah lain dr avocado

2y ago

Ummm

saya tak suka sebab rasa berlemak mcm susu tu sis. maybe sy pn mmg tak leh minum susu2 ni. jadi tak kena dgn tekak sy. tp sis leh try. kot okayyy

Klu saya sebelum pregnant pun tak boleh mkn buah tu. Rasa semacam je walaupun agak mahal. Muntah balik nnt tu. Taklah saya ngidam buah tu hihihi