Kurang Darah
kandungan sudah masuk 5bulan lebih. tapi results darah masih tidak ok. ada ibu2 tau, apa lagi makanan2 yang boleh tambah darah? 🥺 #pleasehelp
saya rasa hb low ni ikut jenis darah kot. saya darah jenis B+. nurse biasa mmg suka tanya lah saya makan ape,sbb hb cantik je. sungguh,saya makan semua. tak ada pantang². tapi mesti ada protin,sayur dan buah. sy tak ada amik ape² suplemen masa mengandung. cuma makan ubat yg doc/nurse bagi je. tapi masa mengandung makanan yg saya suka makan biasa sup kerang + serai lebih,ketam lemak cili api,brokoli hijau,sayur bayam, pucuk ubi,daun betik,ikan,ayam tu kurang siket lah. buah² biasa jambu batu,epal, tembikai,keladi,ubi,nenas,kelapa muda. nenas tu saya tak suggest lah. sbb tubuh badan org tak sama. risau plak saya. mcm saya Alhamdulillah,mmg makan semua tu tak ada masalah. saya doakan Allah permudahkan segala urusan sis ye. bby dan ibu sentiasa sihat..Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻❤️
Baca lagisya pulak sebelom 3 4 hari sblom ambik drah,just mkan iberet dengn sunquick orange tanpa gula sehari 2 biji malam..daqi 10.3 nek 11.5..kalau buat mcmtu dah lama hb ok tidak kdang qisau n stress jugak..sblom ni ckup payah nak nek asyik 10 lebeh ja..mcam2 dah makan kerang jmbu delima jus kurma la macam2 ttap 10 lebeh jugak xnaik2..mayb ikut badan kita sama kot..lagipon risau jugak dah dekat2 due ni..13.4.22 due dah tuqun darah dan lendir tp bby syok lagi main2 dalam perot ni hmm sabaq ja ni bila nak besalin..
Baca lagimaltofer elokk . saya dri 10 naik 13 ya. rasa coklat pula tu
Mungkin cara pengambilan salah.. vitamin iron boleh ambil dengan perut kosong.. kalau selepas makan pastikan selang 1 atau 2 jam.. elak ambil vit iron dengan susu atau minuman manis.. boleh tambah supplement iron lain cth, iberet folic, sangobion, new obimin, atau salus floradix… elakkan minuman berkafein..
Baca lagisuda buat macam ni juga. mungkin begini la kali kan, orang ngandung ni smua tak sama 😁 tapi harap2 kali ni dah naik HB . 😇 tq sis .
Sy 5 bln juga sis... pun sama, walau dah mkn ubat KK tmbah darah still low. Mkn da mcm2... jambu batu, dragon fruit, delima, telur burung puyuh, kacang kuda semua dah amalkan... Skrg ni sy amalkan Gulsan pati delima. Hrp next appointment KK result cantik.
buah big root ni pun okay. skrang tengah minum ni. harap2 HB naik pasni . 😇
apa yg sis dh mkn utk tambah darah? ubt vitamin apa yg sis mkn.. contohnya obimin kalau x ok, try obimin pluz tggi vitaminnya. bayam merah, daging, buah delima, kurma, kerang, hati ayam.. one week pick one food.. ubt mkn time mlm is better.
skrang kali keempat tukar ubat. doc bagi iberet. harap2 okay la HB pasnii .
banyakkan snack kacang kuda rebus, keledek purple.. tumis bayam merah.. buah naga & jambu batu .. minom air ribena.. hati ayam..kerang..insyaAllah boleh...amalkan je mana yang boleh makan tu 👍
terimakasih ❤️
tips terbaik semua ada dlm ni. boleh simpan sbg penanda: https://community.theasianparent.com/q/hb-rendah-apa-perlu-makan/3667166?d=android&ct=q&share=true
😊 tq
saya amalkan mkn minyak kelapa dara je sis. bacaan hb sntiasa bgs.. je. 🥰dari ank prtama smpai lah bunting ank no 6 skg nie
waaaa. 😍
sy pun sme dgn sis jgk, sy mkn kerang rebus and juice beetroot. Juice tuh sy minum setiap pagi .
iyaa sis. saya skrang baru mula minum air big root ni
Kata org tua kerang bagus utk tambah darah and saya ada terbaca strawberry pun elok🥰
noted sis . tqq 😇