Sila Ambil Perhatian, Pengguna.

Kami mendapati sejak akhir-akhir ini timbul kembali isu segelintir ibu bapa yang bersikap menghukum dan tidak sensitif terhadap ibu lain. Kes ini berlarutan sehingga pihak kami merasakan ia patut diberi perhatian agar tidak berulang. Berkaitan isu ‘Baby Bump’ yang sering pengguna muat naik di aplikasi terutamanya ibu-ibu, ia adalah perkara yang normal dan biasa. Kami menerima dan melihat pelbagai jenis post dari ‘Anonymous’ yang tidak senang dengan perkara ini. Ingat pengguna, komuniti theAsianparent ialah ruangan selamat untuk ibu ayah berkongsi, bertanya atau memberi pendapat. Tiada ruang untuk menghukum mahupun membalas pertanyaan dengan jawapan sensitif, malah provokatif dan mengajak pengguna lain berbahas dengan anda. Kami juga tidak menyalahkan mana-mana pihak. Pengguna yang ingin memuat naik gambar juga perlu peka dengan apa yang ingin dipost. Anda harus memastikan ianya bersesuaian dan mematuhi etika berpakaian ketika bergambar. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama. Laporkan sebarang bentuk provokasi dan tindakan tidak wajar kepada kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Di sini kami sertakan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh pengguna terutamanya ibu-ibu sekiranya anda ingin berkongsi dan memuat naik gambar ‘Baby Bump’ anda. Yang prihatin, Team theAsianparent

Sila Ambil Perhatian, Pengguna.
74 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Yg muslim pandai2 lah bwk diri ya.. Jgn terlalu ikutkan akal cetek kita bila post sesuatu. Fikir pro and conts dulu. Kalau terlalu gembira pun ucap Alhamdulillah dan bg je gambar baby buml tu kat suami. Takut2 kalau sibuk post sana sini kena penyakit ain dan gambar anda dijadikan bahan melancap utk org yg bertanggungjawab. Masatu takde guna dah gambar dah tersebar. Ingat basic ni, jaga aurat utk suami je. Sbb tu Islam ni sgt menjaga umatnya. Mencegah lebih baik drpd mengubati. Lagipum hgpa semua dah level mak2 dah pun, buat cara matang, baik nak post mahupun nak menegur. **Oh ya, yang nk mengecam/kondem komen aku ni, jangan berani2 guna anon/tanpa nama ye..

Baca lagi
6y ago

Saya setuju komen ni. Betul ni aplikasi keibubapaan, tapi takde pengecualian. Islam tetap Islam, tak boleh sesuka hati dedah aurat sana sini. Mak2 zaman dulu malu betul kalau mengandung. Sebab "buatan orang" (faham lah kan). 😂