Sila Ambil Perhatian, Pengguna.

Kami mendapati sejak akhir-akhir ini timbul kembali isu segelintir ibu bapa yang bersikap menghukum dan tidak sensitif terhadap ibu lain. Kes ini berlarutan sehingga pihak kami merasakan ia patut diberi perhatian agar tidak berulang. Berkaitan isu ‘Baby Bump’ yang sering pengguna muat naik di aplikasi terutamanya ibu-ibu, ia adalah perkara yang normal dan biasa. Kami menerima dan melihat pelbagai jenis post dari ‘Anonymous’ yang tidak senang dengan perkara ini. Ingat pengguna, komuniti theAsianparent ialah ruangan selamat untuk ibu ayah berkongsi, bertanya atau memberi pendapat. Tiada ruang untuk menghukum mahupun membalas pertanyaan dengan jawapan sensitif, malah provokatif dan mengajak pengguna lain berbahas dengan anda. Kami juga tidak menyalahkan mana-mana pihak. Pengguna yang ingin memuat naik gambar juga perlu peka dengan apa yang ingin dipost. Anda harus memastikan ianya bersesuaian dan mematuhi etika berpakaian ketika bergambar. Kami akan terus memantau ruangan komuniti theAsianparent demi menjaga kesejahteraan bersama. Laporkan sebarang bentuk provokasi dan tindakan tidak wajar kepada kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Di sini kami sertakan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh pengguna terutamanya ibu-ibu sekiranya anda ingin berkongsi dan memuat naik gambar ‘Baby Bump’ anda. Yang prihatin, Team theAsianparent

Sila Ambil Perhatian, Pengguna.
74 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

To me, yg mengecam tu lebih teruk dari tayang baby bump.. Nak tegur, buat cara elok.. Skrg ni, admin dah bg guideline klu nk post gmbr perut, ikut je la.. Ni admin tegur pun nak dikecam jgk

Good admin.. So harap yg mak2 tu jgn la meroyan dekat post org.. Klu x suka tu just scroll n ignore je.. Jaga percakapan.. Klu Xsuka diam. 👍 Jgn byk bunyi😂

VIP Member

Untuk wanita muslimat sebaik mungkin jgn tunjuk perut kalian walaupun bertutup kerana ianya adalah aurat 🌷❤️

sorang up pic tayang perut kenapa semua nak mengikot gak tayang baby bump? tak perlu tayang pastu ty baby girl or boy. zaman da moden sis scan je la.... haishhh...

VIP Member

Yess👍👍lepas ne sila bezakan "Do & Don't" ya, jgn asyik2 meroyan kat post org. Siap nak selit agama/bangsa bagai.. If tk suka ignore je ye 😎😎

Terima kasih theasianparents. Saya perhati banyak yang menegur isu baby bump dengan bahasa yang tidak sepatutnya. Sampai petik nafsu husband naik tengok baby bump orang.

5y ago

Betul. Yang sampai melampau tu salah juga, kita faham perasaan teruja tu. Bersikap rasional dalam semua hal.

VIP Member

Kan ..setuju.. Simpan sendiri sudah.. Tahu teruja.. Tp mmg tak hairan lah zaman skrg semuanya nk menunjuk

VIP Member

Terbaik. Ibu2 dalam ni ramai suka kecam orang. Tak boleh tegur elok2. Better hapuskan je fungsi hide name tu😅

Tahhhh. Betul tu. bitter sangat. Nama pun sini boleh tanya apa2 je, tak suka scroll jela lelaju. Nak tanya pendapat pun sibuk provok balik. Boomers

🤣🤣🤣🤣🤣.. admin terasa kah. Apa sal komen saya kena delete? Takut2 admin x pernah dengar Maiesiofilia....

5y ago

Tak habis lagi ke meroyan. Dahla2 .