Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)

Kami bawakan khas kepada anda Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS) tentang cara yang betul membawa pulang bayi baru lahir daripada hospital. Ajukan persoalan anda di ruangan komen berkaitan Bagaimana Cara untuk Membawa Bayi Baru Lahir Pulang daripada hospital dan segala persoalan berkaitan topik ini akan di jawab terus oleh pakar kami pada hari Khamis, 3 petang. Baca lebih lagi di sini : https://community.theasianparent.com/q/berbulan-bulan-anda-membuat-perancangan-bagi-menyambut-kedatangan-si-manja-dan/3002868 Read more here : https://my.theasianparent.com/bring-baby-home/web-view *NOTA : Segala persoalan di luar topik tidak akan dijawab dan akan dipadam. Soalan yang melebihi waktu yang ditetapkan juga berkebarangkalian tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Puan May Hwong, Jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (MIROS)
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Perlukah saya membeli car seat mahal untuk bawa bayi pulang? Apa perbezaan car seat berjenama mahal dengan car seat yang lebih murah?

3y ago

Belilah car seat yang terbaik mengikuti bajet masing2. Car seat yang lebih mahal tak semestinya terbaik juga kalau tak sesuai untuk bayi. Yang penting, pilih car seat yang sesuai dengan new born, senang dipasang dalam kereta, dan diguna dengan betul setiap kali. Check pensijilan car seat juga. Pastikan sticker di belakang car seat yang berwarna oren adalah R44/04 ataupun R129, dan mengikuti Malaysian Car Seat Law