Luahan shj

Lelaki mmg mcm ni eh.. Bini.. kalau ank nangis.. mcm2 sedaya upaya buat supaya ank brhenti nangis.. tarik perhatian ank, ketuk pintu ketuk tingkap buka ttup peti ais eh mcm2 lagi. Anak dah la demam. Sy pun demam. Ank pulak melekat kt sy. Dgn period nya. Minta suami alih perhatian ank smentara Mandi tukar pad smua. Ank nangis2 dia dukung. Tp setempat je. Annoying gila. Pergi la jalan keluar msuk bilik ke. Buka buku2 yg warna warni ke. Tunjuk apa2 ke. Ni takat diri dukung Tu je. Mana budak Tu nak brhenti nangis dgn sendiri. Sy yg Mandi ni pun trpaksa cepat2. Ank dahla tonsil. Sy pun tonsil. Bila nangis lama takut lagi teruk. Dia mcm tak tau Cara nak hentikan nangis Dan tarik perhatian ank . Tu satu. Lpastu kalau ank nangis dlm buaian. Sy nak buang air kecik, Minta dia sambung buai anak. Tau2 je suara ank nangis, sy trdengar dri bilik air. Takde pulak dia nak angkt pujuk ke apa. Sy cepat2 msuk bilik tengok ank nangis2 dia sambung buai je. Bila bising suruh angkt bru nak angkt. Sekali ketuk sekali jln. Mcm Tu la. Annoying gila rasa

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Wallahualam tapi lelaki macam ni sebab hidup dia masa dengan emak banyak kena suap. Tak pernah hidup susah, tak pernah belajar berdikari. Makanan nak kena ada atas meja. Bimbingan mak ayah lebih manjakan anak. Tapi insyaAllah anak lelaki yang biasa bersusah payah, pandai kemas rumah, cuci pinggan mangkuk sendiri, bawah tudung saji takda makanan sendiri buka peti ais cari lauk Dan masak, insyaAllah ini lah yang menjadi penyenang kita isteri². Tapi rezeki kita lah dalam dah memilih bakal suami, tapi tak apa, boleh ubah dgn hasilkan anak yang berkualoti. Bakal menantu biar senang tak jadi mcm emosi isteri yang kalut sbb anak lelaki kita dah terlatih memudahkan urusan bila dah besar nanti. Pernah jumpa saudara punya suami macam ni, kita nasihat dia buat keras ikut kepala dia dgn alasan tak tahu dan lain², bila sll sembang latar belakang cerita jenis mudah nak dapat apa nak tak pernah usaha sendiri. Tapi ada juga lelaki yang tiada bimbingan dari keluarga pun boleh adaptasi ikut keperluan, tapi ni pun biasanya anak lelaki yang dah kehilangan ayah atau emak. Apapun, dah terlanjur jadi pilihan suami, terpaksa redha. sebab acuan dah terbentuk lelaki tak jadi begini dalam masa sehari, tapi sebab seumur hidup dia mmg gaya hidup mcm tu, sambil lewa, agak susah juga nak berubah kecuali dah lebih mendekat pada Allah insyaAllah faham lah dia tanggungjawabnya. Wallahualam just my 2cents yang jadi pemerhati.

Baca lagi

yes i feel u sis . pastu bila ditegur dia balas "mana tahu" habis kita ni tahu segala benda ? fist mom pulak tu . sama sama la belajar . bila anak melalak suka ckp menyusahkan dia . sumpah stress . saya ckp mcm ni " suatu hari Allah ambik balik hak Dia baru tahu," insaf kejap ..lepastu jadi lagi . sebijik la mcm sis ckp . duduk setempat mcm taktahu nk buat apa ..tapi kalau anak org lain melalak ke apa eh pandai pujuk itu ini . aku perati je . bila dgn ank org lain kemain layan . dgn anak sndiri seboleh bolehnya tanak kasi berdunia . tu mana anak tak perak bila sesekali keluar tgk dunia . pastu kalau ajak gi memana bawak anak semua tanak sbb katanya anak dia perak tak behave itu ini ..dah kau tak pernah bgi pendedahan . masuk lotus dia gi bawak anak tmpt mainan . sbb dia nk tgk hotwheel. anak melalak dia buat muka ketat . satu lotus degar suara anak je . pastu terus banned tanak bawak anak gi lotus ..eh bodohla kdag tu . geram sumpah geram !! . macm la aku ni kawin terus pndai urus anak ..aku pun first mom kot ..ok done luah !!

Baca lagi
4w ago

sy time makan kt luar mmg haramkan tengok fon. kne berbual. main dgn anak. dok tengok fon je. sy ckp mati besok sy tanam skali dgn Henfon dia.. tak pon sy ckp besok anak dah besar tak kenal sape bapak dia Sbb bapak xmain dgn dia jgn tnya kenapa la..

sabar sis. sy fhm perasaan sis sbb sy pun berada di tempat sis, stress, nk cepat, anak melalak2. mmg org laki x pandai sgt bab ni. tp kita boleh train dia. sbb wanita mmg lumrah ada sifat keibuan. sy dh pesan kat suami kalau anak nangis lama ingat terus gi tengok. sbb mungkin sy gi toilet ke mandi ke masak ke x sempat entertain. so next time bila dgr anak melalak lama dia keluar lah. selalunya dia ajak borak anak layankan je tersengih-sengih tp kslsu nangis jugak tu slalunya mmg baby tu nak maknya. nak susu atau nak tidur. Cuma rezeki sy sihat, anak2 pun sihat jd sy tak lah rushing nk mendiamkan baby. Lagipun kita semua ibu2 mmg sentiasa busy kan nk siapkan segala kerja rumah, memasak la mcm2 terpaksa lah tinggal skjp anak. Semoga sis dan anak diberi kesembuhan. Semoga konflik sis dan suami terlerai. Bersyukurlah suami sis masih seorg yg bertanggungjawab.

Baca lagi

em sama laa suami sy . entah laa . sy ni kerja taska . bawa anak skli . dia kerja , sy pun kerja . memasing penat tp tolong laa sy . sy hmpir nk gila sbb terlalu penat . smpai sy mrh dia pun .dia mcm tak bole paham sy ni penat , bila bising dia ckp dia penat . dhtu sy apa ? robot ? yg tkde rasa penat . suruh mitak jaga anak pun tk bole. pergi kedai mkn . dia mkn dlu . sy pgg anak . tu pun mkn terhegeh2 . sy ni mkn laju2 mcm nk tercekik dibuatnyaa sbb nk pegg anak ..nk jaga anak . haih bkn nk burukkan suami tp tolong laa isteri ni sikit . siang mlm kita jaga anak . dia mlm mbutee ..anak demam ke apa dia mbutee .sy ni laa berjaga . batuk sikit trus bgun . dia ? tak sedar apa yg berlaku . kdg smpai pkir hidup sorg lg bgusssss dri hidup dgn laki yg tak bole nk tlg skit pun .

Baca lagi

Kita ni Allah bg naluri ibu. Bapak takda naluri mcm kita. Dan depa memang tak kan berfikir cara kita berfikir utk selesaikan masalah. Pasni tenang2 sis cerita dkt dia whts to do bila baby nangis, ajar dia handle anak cara sis. Mcm sy pun suami memang mcm awak jugak diorg statik otaknya tak geliga mcm kita. Jadi sesekali sy bg dia uruskan anak, sy tunjuk cara2. Anak dh 3 dia tetap tak reti dukung anak tau. Hahaha so begitulah kita kena tunjuk ajar dia. Sy pun ada jgk perli kdg merungut sebab nak dia faham jaga anak ni bukan ibu semata. Dedua kena sma2 jaga.

Baca lagi

Normal. Mula2 angin juga tapi tarik nafas bgitau dia cara n bagitau dia tk elok biar baby nangis lama2. Suami saya pon kdg2 tak leh nak bnti kan baby nangis, dia tk tau. Tapi lama2 dia pandai sikit bila kita ajar elok2. Kalau bising2 biasa laki tkmo dengar, dia rimas. Tapi tu la, dalam proses dia nak belajar tu kita stress.. Rasa nak naik hantu jeh hahaha adoi. Kita plak jdi overwhelm bila dengar baby nangis. Semoga segala urusan dipermudahkan ❤️

Baca lagi
4w ago

Geram rasa.. Kita yg tengh period basuh pad cepat2, Mandi cepat2, makan pun xpernah kenyang. Kita sakit Kita Jaga anak, anak sakit Kita Jaga anak. dia sakit dia rehat . Sbb ? dia kerja.. bsuh berak kencing anak jarang. smua sy uruskan. Sbb ? sy duk rumah. ni yg sy baran ni baru2 ni dok homestay. dgn fmily sy, Ada kenduri belah sy. dia dgn penat drive , mana boleh nak lawan penat sy yg tengh demam yg 99% urus anak yg demam juga. kalau diberi pilihan . sy rela lagi drive ,smpai2 homestay boleh tidur . sy ni penat tak kesudah. first time ni kt Sana Minta tlg panaskan mknn anak atas dpur gas,budak ni Ada ragamnya . xnk mknn suam2 kuku. nak suam2 panas . Jadi ank reject xnk telan, Bab mkn ni mana boleh paksa2 . kalau ikut Cara dia paksa je. sy xbagi. so dia kne panaskan lagi mknn Tu. itu dia mental gamaknya.yela kt rumah smua sy urus 100%. ni Sbb sy demam. anak pun demam mmg melekat mcm panda. turun lantai pun xnk. Jdi tenaga sy terbatas. so minta tlg dia. itupun dah stress muka dia Sbb sy

Saya pun sama, memula rasa geram jugak. Kenapa tak buat macam kita buat..tapi suami pun sebenarnya dah sedaya upaya buat macam2,,cuma Allah jadikan kita ibu aura yang lagi hebat dari ayah,,sebabtu anak tu kita mampu control walau apa jadi kat anak..dalam keadaan apa sekalipun kita ni.. hebat kan ibu ni? Semoga Allah dirikan sebuah istana untuk ibu2 disyurga sana❤️❤️ semoga cepat sihat tt❤️❤️

Baca lagi

suami sy pun lebih kurang je. anak nangis dia dukung je la tp tk thu nk pujuk mcm mana. tmbh pulak bila anak nangis beria, dia jadi panik tk thu nk pujuk mcm mana. nak marah lebih2 tk boleh sb dia nye jenis sensitif kalo sy naik suara ke dia. mujur suami rajin. bila rasa stress ngn dia sy pun duk pke la ape benda baik dia buat sebelum ni. kadang ade gak terlepas sb geram sgt2 lepastu minta maaf balik😆

Baca lagi
3w ago

maybe puan senang dapat anak kot... plan je terus jadiii...sbb tu sy fikir suami puan mcm tak function bila anak meragam...kasih syg dia kat anak tu ada..tapi maybe 3/10..

sye dgn suami polar opposite.. sye x bley dgr anak nangis lme2.. memg mcm2 cara sye buat utk anak diam.. beza dgn suami sye jnis cool.. nak tenangkn anak mcm xde effort sgt alasan dye nant bdk tu penat diam la.. adoi angin la kte pun.. tp alhamdulillah setelah byk kali kne bebel skg suami sye da pakar pjuk anak menangis.. laki nie perlukn latihan intensif.. skali 2 tegur x jln 🤣

Baca lagi
4w ago

ye . dia mcm ni juga.. sy Malam td smpai keluar bilik air demo kt dia. ketuk la almari ke, buka buku warna warni ke. tp benda ni Dari dulu sy dah ckp. dah dia diri Tegak mcm patung je.mana nak henti nangis budak ni. usaha lebih sikit.alihkan perhatian dia. kalau kena Cara,mmg budak akn senyap.

Laki saya lebih kurang la.. mintak tolong ajar anak minum susu botol.. dia suap, anak nangis dia terus give up.. dalam pantang pun susah nak mintak tolong dia bancuh susu guna botol.. dia expect kita yg bancuh.. bukannya dia nak tolong.. baby nangis je suruh menyusu badan.. now baby taknak botol, salahkan saya yang tak bagi botol.. bukannya dia nak muhasabah diri

Baca lagi
4w ago

bila Bini ckp, Kata bebel bising. Kata pompuan nak menang. padahal kalau Kita Ada fakta benda ni,mmg Kita fight la. dah kau lack common sense, takde effort.. Kita bgtahu laa benda spatutnya mcm mana. pastu ckp Malas nak gaduh