Kahwin duda anak 2

Kahwin dengan duda anak 2 tak semudah yang kita sangkakan. Baru2 kawin dulu saya okey rapat dengan dorang. Sampaikan saya anggap dorang macam anak sendiri. Saya manjakan dorang. Tapi sekarang semuanya berubah sejak saya ada anak sendiri. Lagi2 sekarang saya pregnant anak kedua. Dan baru2 ni saya pernah tegur sikap dorang berdua. Bergaduh bertumbuk bising2 depan saya.depan ayah dye. Mungkin terlalu berani saya tegur marah dorang. Ayah dorang macam sedih tak boleh terima perbuatan saya. Selepas kejadian tu dye pernah cakap. "Kalau boleh janganlah keras sangat dengan dorang. Nanti dorang takut dengan awak. Saya sendiri pun takde marah dorang macam awak buat. Dorang datang sekali sekala biarlah dorang nak melasak. " Sejak dari tu.. Saya jadi geram. Saya terpaksa diam. Kadang saya rasa malas lagi nak layan karenah dorang. Rasa macam tak suka dorang datang rumah kami. Sekarang saya pregnant saya cepat penat dan stress. Tak larat nak layan dorang sambut dorang. Layan acuh tak acuh. Kadang saya rasa tak tahan. Rasa nak giveup dalam perkahwinan ni.. Ada tak yang senasib dengan saya?? Kalau ada sudi share pengalaman korang kahwin dengan duda anak 2 ni. Macam mana korang bertahan. Kongsikan kata2 semangat untuk saya.. #maaf berterabur sikit susunan cerita saya.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

If saya, saya lari masuk bilik telefon polis suruh dtg segera ckp ada org bergaduh dalam rumah bertumbuk etc tak boleh kawal. Saya rasa takut sangat, terancam & tak tenteram dalam rumah sendiri. Jgn beritahu ada suami sbb nnt polis ingat boleh settle sendiri sbb ayahnya pun biarkan je anak berperangai tak elok. Biar polis dtg bagi amaran & nasihat supaya perangai diorg tak terlampau-lampau sgt sampai cedera/maut. Saya tak peduli suami kata apa janji saya rasa selamat. Suami sepatutnya melindungi isteri & keluarga bukan biarkan sahaja.

Baca lagi