letihnya :(

kadang-kadang rasa nak makan ubat tidur lepas tu tidur 5-6 jam. baby bagi kat pengasuh untuk beberapa jam. tapi hakikatnya saya takleh buat macam tu. letihnya. sebelum subuh dah bangun, 1-2 pagi baru dapat tidur. tu pun terjaga sebab anak nak susu. now anak dah boleh makan, tapi dia reject makanan. letihnya try and error. saya sikit lagi nak give up. rasa macam sorang-sorang je berjuang. walaupun suami bantu jaga baby, saya masih rasa letih dan sunyi. anak mengamuk taknak makan sampai saya pun rasa nak menangis nak pecah kepala dengan dia menjerit macam kena dera. letihnya ya Allah. rasa nak mati. saya banyak kali cakap saya letih tapi respon suami tak membantu langsung. saya inconsolable. letih nangis sorang-sorang. saya kata saya tak nak pregnant lagi sekali dalam masa terdekat. anak sorang pun dah mencabar emosi saya. saya takut tambah sorang lagi menjadi-jadi. dahla saya trauma lagi berpantang sorang-sorang. maaf saya luah kat sini. saya dah buntu nak meluah kat siapa. suami saya tak faham. respon dia mengecewakan. saya cuma nak difahami nak dipeluk dan dia cakap it's gonna be fine, saya ada ni. tapi dia cakap sabar je manjang. takkan nak kena mengemis kasih sayang pulak kan.

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya ingat kan saya sorg je yang perlukan perhatian & kasih sayang dari suami. Rupanya saya tak keseorangan 🥲 saya faham perasaan sis. Saya rasa dh seminggu lebih tak bersembang or bergurau dengan suami (just cakap benda penting saja).. sebab saya banyak memendam rasa. Apa2 benda yang saya tak puas hati ttg suami, saya tak luahkan. Sebab bila saya luah, dia takda respon yang positif macam apa yang saya harapkan. Jadinya saya memilih utk berdiam diri. even apa2 aktiviti harian yang saya buat, saya nak kemana, ada appt klinik (saya preggy anak kedua) saya tak inform suami pun. Dia pun takda tanya saya 😭😭 Saya buat mcm tu sbb saya nak dia tahu yang tanpa dia pun saya boleh survive. Walaupun saya tahu apa yang saya buat tu berdosa 😔 saya harap awak tak give up dalam journey membesarkan anak ya. Saya doakan awak, saya & semua ibu2 dikurniakan kesabaran yang tinggi & semoga urusan kita semua dipermudahkan. ❤️

Baca lagi
1y ago

:( saya dah lama tak bergurau senda dengan suami. sejak dia mula balik hobi main game tu saya dah lama la tak berbual dari hati ke hati. bersembang pun melalui media sosial, masa makan. saya kerja pagi balik petang, dia kerja petang balik malam. time kami berdua serumah memang takde la nak cuddle atas katil ke apa. dia lebih pilih game berbanding spend masa dengan saya. saya ingat nak minta izin balik rumah mak saya. saya ada kat rumah pun dia lebih pilih game. masa kami pjj sibuk suruh saya pindah, bila saya dah pindah, dia buat macam ni.