Susahnya jauh dari suami😢

Saya panic tadi anak tiba-tiba jatuh katil. Saya tengah panaskan air nak mandikan dia tiba-tiba dengar macam dia melalak. Saya masuk bilik tengok dia dah tertiarap. Allah. Saya akui salah saya. Saya yang bodoh. Saya tenangkan dia sambil nangis. Saya minta maaf kat dia banyak kali. Saya call husband nangis nangis minta maaf sebab gagal jaga anak dia dengan baik. Saya bagitahu dia saya nak bagi baby ni kat orang lain mungkin ada orang yang boleh jaga dia lebih baik daripada saya. Suami cakap jangan mengarut. Saya tahu saya mengarut tapi saya tak tahan stress bila jauh daripada suami kena jaga baby sorang-sorang, menyewa rumah pun sorang-sorang dalam kawasan kampung. Nak transfer susah betul. Setakatni saya monitor baby. Saya takut. Nak tidur pun saya takut. Saya terbayang bayang keadaan dia dan tangisan dia tadi. Semoga Allah lindungi anak saya. Salam semua. Saya baru balik dari hospital. Tadi pagi kat daycare anak saya tak berhenti menangis. Teacher dia call. Saya terus keluar office dan ambil dia bawa ke hospital. Doktor check tengok baby okay. Baby saya pulak aktif betul depan doktor. Tak duk diam siap senyum senyum kat doktor. Dia kata takde apa-apa dan kena pantau lagi kalau tiba-tiba kepala dia bengkak atau muntah tak berhenti, dia jadi kurang aktif daripada biasa atau menangis tak berhenti. Xray pun tunjuk takde tulang patah. Saya harap baby saya baik-baik saja. Saya masih trauma. Masih terngiang ngiang suara dia nangis dan keadaan dia yang tertiarap. Saya nak menangis kat bahu suami pun suami saya jauh. Saya penat nangis sorang-sorang. Semoga ada rezeki saya dapat pindah dekat dengan suami. Saya takde pilihan lain melainkan jadi kuat. Walaupun saya betul-betul tak kuat. Tq semua yang komen dan doakan kami. Semoga doa yang baik baik tu berbalik kepada kalian.

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Jgn risau sis. Accident happen u tak boleh salahkan diri sendiri. Sy yg tinggal dengan suami, jaga anak sama2 pun anak blh jatuh katil. Bukan salah awak pun. Kadang kita dh beri precautions dah elok tapi anak ni unpredictable. Diorang ni banyak akal dan kita plak as parents underestimated kebolehan dia. Tapi lepas anak jatuh, jadikan pengajaran. Perketatkan lagi kita punya jaga2 tu kan. Sy faham jaga anak sorang2 yg buat awk rasa takut sgt. Percayalah sis, semua org akan takut tambah2 kalau first time jadi. Sy pernah ada ditempat awak yg mana anak first, terlampau bz sampai tak blh fikir betul2 and cuai. Call siapa2 je nangis sbb anak jatuh bawah pengawasan sy. Apa yg sy blh nasihatkan, ambik masa bertenang, stop salahkan diri. Focus yg penting sahaja, pantau anak 24-48 jam. Sementara tu mmg awk kena tenang dan jangan overthinking. InshaAllah baby awk baik2 je, mmg fasa baby melasak. And believe me, babies are stronger than u think! Macam mommy dia 🫶

Baca lagi

Sokay sis. Bkn salah sis. Bby kdg mmg lasakkan. So mustahil sgt takkan berlaku apa2 bnda d luar jangkaan kita sbgai seorang ibu. next time sis letak bantal ke apa ya kat tepi spya baby tak jatuh ya. Semoga sis tabah dan kuat sllu. Smpai masa yg ssuai pasti suami dpt transfer. Sis tggal kwsan kg kan. Mgkin random tapi, kalau sis suka kucing, apa kata bela sekor kucing. Sbb kdg kucing ni mngurangkan rasa sunyi kita. Mcm sy dlu sunyi je bdua dgn anak sy sbb suami kerja pgi, balik tgh malam. So bila bela kucing ada tmpat buli dan bermanja so kurang sikit rasa sunyi.

Baca lagi
TapFluencer

awak sebenarnya da jadi ibu yg terbaik da tau . awak da cuba yg terbaik utk protect dia, jaga dia. kalau awak ada situ, awak pun takkan biar dia jatuh . maybe sbb awak jauh dari suami, jaga anak sorg2x, tapi saya tau awak kuat, awak boleh. inshaAllah Allah permudahkan urusan awak, dpt duduk sekali dgn husband. apa pun jadi, please jgn salahkan diri sendiri n jgn fikir nak bagi org lain jaga tau. apa pun awak monitor tgok okay ke tak.

Baca lagi
6mo ago

Masa tu saya rasa mungkin ada ibu lain yg boleh jaga baby saya dengan lebih baik. Saya ni careless betul kadang-kadang. Entahlah puan. Saya kalau fikir bagi anak kat orang pun saya rasa pedih sangat hati ni. Pemikiran kacau sangat kot masa taip macam tu.

i understand. been there done that. my husband is always away too jadi saya faham struggle. awak jangan overthinking macam tu. adapting phase ni takda siapa cakap senang, tapi tak susah as you go along the way. may i recommend putting the child in playpen? lapik playpen tu dengan tilam/toto. kat shopee banyak. tak perlu beli playpen besar besar. bayi selamat dalam tu. awak boleh buat kerja/mandi dengan tenang.

Baca lagi

sy pun ad masa jauh dr husband ats faktor kerja dy..n jiran2 ap semua sy x knl pun..n ank sy pernah je jatuh katil bnyk kali..last2 sy bukak katil tido ats tilam sje..bila dy dh setahun ke 2 thn bru sy psg smula katil..so x perlu nk slhkn diri sendiri..kdg mmg kita terlepas pndg n x perlu sampai nk bg org..sy dlu pntg pun sendiri hampir meroyan jgkla tpi kwl emosi smua

Baca lagi
VIP Member

as a ibu klau ape² jd pd anak mmg kite x terlepas untuk salahkn diri kita sndri.. sy pon penah ad dlm situasi sis..penah salahkn diri sndri sbb anak jatuh..kita KUAT kn sis..stop salahkn diri sndri k..if baby ad tnda² mcm muntah² lepas jatuh terus bawak p ospital tauu..keep strong ye sis..in shaa Allah baby xde ape²..

Baca lagi

Awk klu nk luah kat sni luah je.. sy fhm perasaan tu.. sy penah pjj 4 thn dgn suami.. ank mmg dgn sy.. tmbh2 mse covid dugaan & cabaran dia menduga sguh.. awk kena kuat tau.. sbb ank bsama kt.. keep monitor ank.. klu ada gejala yg x elok cpt2 bw g jmp doktor.. stay strong ya mommy 💪🏻

6mo ago

Saya monitor juga baby.. setakat ni takde lagi simptom pelik2. Demam takde, menangis tak berhenti takde, benjol takde, muntah takde.

sis.. baby tgh fasa2 lasak memg mcm tu.. bkn sbb awak x pndai jge.. spe2 jge pun bende tu bley jd.. its ok sye paham sbb sye pun slalu rse mcm tu.. just bear in mind, x semua bnde kte mampu kawal.. u already done ur best.. selebihnya kte tawakal je..

sis boleh pakai ni safety bedrail guard can get in in shoppe..Anak 1st saya pun pernah jatuh dari katil masa dia 9 months..I can understand ur feelings or you can put the bed on the floor arrange it wit pillows on the side..More safety don't worry okey

Post reply image
6mo ago

👍👍

Sy skrg pun tengah mengandung dan jauh dr suami. Struggle sngat. Semua benda buat sndiri😔 nanti baby lahir mesti jaga baby sorang2 juga. Semoga kita semua yg pjj dgn suami kuat ya moms 💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻 akan indah pada waktuNya

6mo ago

Strong ya sis.. Saya pregnant ok sebab suami ada.. takde la dekat tapi dia ada most of the time kat rumah. Cuma tak teman checkup je. And bila bersalin je sorang sebab dia dah mula kerja jauh. Tu la saya baru rasa susahnya pjj ni