Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests


Kebaikan Susu Ibu ♥️Untuk bayi: -Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. -Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. -Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. -Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi. -Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. -Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. -Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak. -Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. -Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. -Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. -Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. ♥️Untuk ibu, penyusuan susu ibu: -membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. -membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. -mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya ♥️Lain – lain kebaikan: -Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. -Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Baca lagi