Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!

Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests

Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
179 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: - Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. - Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. - Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. - Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi. - Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. - Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. - Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak. - Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. - Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. -Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. - Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Untuk ibu, penyusuan susu ibu: - membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. - membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. - mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. - menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya. Lain – lain kebaikan: Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Baca lagi