Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!

Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests

Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
179 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Antara faedah penyusuan susu ibu: 1) Bayi yang lebih sihat. Bayi yang menyusu badan kurang cenderung untuk mendapat pneumonia, demam selesema, dan virus. Keadaan gastrousus seperti cirit-birit, yang boleh membahayakan bayi, kurang berlaku dalam kalangan bayi yang menyusu badan. 2) Kurang risiko menghidap penyakit jangka-panjang. Bayi yang menyusu badan akan kurang risiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes, penyakit seliak, dan penyakit Crohn. 3) Rendah risiko SIDS. SIDS (sindrom kematian bayi mengejut) keadaan di mana bayi yang sihat mati semasa tidur. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan separuh risiko bayi mendapat SIDS. 4) Kurang risiko kanser untuk bayi. Susu badan boleh mencegah kanser tertentu dalam alam kanak-kanak. Malah, untuk ibu yang menyusukan bayi pula akan kurang cenderung untuk mendapat kanser payudara pramenopaus dan kanser ovari. 5) Bayi mendapat vaksin terbaik. Susu ibu mengandungi tinggi jumlah antibodi, yang menjadikan mereka bertindak balas lebih baik kepada vaksinasi berbanding dengan bayi yang minum susu formula. 6) Bayi lebih tenang. Susu ibu terbukti mengandungi bahan-bahan yang menenangkan bayi dan membantunya tidur lebih nyenyak. 7) Bayi rasa lebih selamat. Penyusuan susu ibu memerlukan hubungan fizikal yang rapat antara ibu dan bayi. Kehangatan jenis hubungan kulit-ke-kulit ini memupuk ikatan kemesraan ibu dan anak, sekali gus membuatkan bayi rasa lebih selamat. Follow theasianparent & bossmama ✅ IG: @_myaahmed

Baca lagi