Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!

Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests

Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
179 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Berdasarkan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Faedah penyusuan susu ibu adalah terbahagi kepada dua, iaitu kepada bayi dan juga kepada ibu. Sebagai salah seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, penyusuan ibu adalah sangat digalakkan dan memberi banyak faedah kepada bayi dan juga kepada ibu. Faedah penyusuan susu ibu kepada bayi 👶🏻: 1) Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda, ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. 2) Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. 3) Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. 4) Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. 5) Tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. 6) Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. 7) Memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. 8) Memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Faedah penyusuan susu ibu kepada ibu👩🏻‍🍼: 1) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 2) membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. 3) mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 4) menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya Jadi, ayuhlah kita bersama memberi kesedaran lagi kepada ibu-ibu di luar sana tentang kebaikan penyusuan susu ibu 🌹 Semoga ada rezeki saya untuk mendapatkan set produk bossmama ni, di mana produknya yang sangat selesa dan berkualiti 🥰❤️ Done follow both instagram ☘️

Baca lagi