Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests


Assalamualaikum, di sini saya kongsikan Faedah Penyusuan Susu Ibu. Dapat dibahagikan kepada 2 iaitu, faedah kepada bayi dan faedah kepada ibu. Faedah untuk bayi; 1. Mendapat nutrien yang mencukupi dan diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan bayi 2. Membantu perkembangan kognitif bayi 3. Mengurangkan risiko jangkitan kuman dan penyakit berjangkit melalui antibodi di dalam susu ibu. 4. Mengurangkan risiko obesiti dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular. 5. Mengeratkan hubungan ibu-anak semasa penyusuan. Faedah untuk ibu; 1. Dapat membakar kalori berlebihan sekaligus dapat mengurangkan berat badan dengan sihat. 2. Kurangkan risiko 'postartum depression' di mana penyusuan menghasilkan hormon oxytocin iaitu hormon yg dapat mengurangkan stress. 3. Penghasilan oxytocin juga membantu pengecutan rahim ke saiz asal selepas bersalin. 4. Penyusuan susu ibu juga boleh berfungsi sebagai alat perancang keluarga semulajadi di mana ia menghalang pengeluaran telur dari ovari. 5. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 6. Menjimatkan dari segi kewangan, kerana ibu tidak perlu membeli susu formula, botol susu, dan alat-alat yang berkaitan untuk mengekalkan penyusuan susu ibu. 7. Merapatkan hubungan dengan bayi melalui sentuhan kulit ke kulit. Semoga ada rezeki untuk saya manfaatkan produk dari Bossmama untuk membantu penyusuan apabila bayi pertama saya lahir Disember nanti. 😊 Terima kasih Bossmama dan theAsianparent! ❤️
Baca lagi