Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests

Bismillah.. ini adalah beberapa faedah penyusuan yang dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya menyusukan 2 orang anak. ⬇️⬇️⬇️ FAEDAH KEPADA BAYI 👶🏻: 1) Mengandungi antibodi penting. Anak2 saya jarang sakit sepanjang menyusu badan. 2) Berat badan bayi yang sihat. Alhamdulillah anak2 saya peroleh berat badan yang ideal mengikut perkembangan umur mereka. 3) Mengurangkan masalah alahan dan penghadaman bayi. Ini menjadikan anak2 saya kurang meragam dan hasilnya mereka lebih aktif dan ceria. FAEDAH KEPADA IBU 👩🏻: 1) Menurunkan berat badan. 2) Membantu mengecutkan rahim lepas bersalin. 3) Membantu menjarakkan kehamilan secara semula jadi. 4) Mengurangkan risiko penyakit seperti barah payudara. FAEDAH YANG LAIN: 1) Menjimatkan wang dan masa. Ini kerana saya tidak perlu bangun malam untuk bancuh susu formula. 2) Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
Baca lagi



Mom of two ❤