Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests


Assalamualaikum semua.. APA YANG BAGUS SANGAT SUSU IBU NI? ✅ Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. ✅ Mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran. ✅ Bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. la kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan. ✅ Susu awal ibu yg dikenali sebagai kolostrum berwarna kekuningan adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. ✅ Susu ibu melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. ✅ Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. ✅ Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang. ✅ Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, sistem imunisasi meningkat.
Baca lagi