Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!

Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests

Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
179 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terdapat banyak faedah2 susu ibu terutama kepada anak kerana ianya terdapat khasiat yang lebih banyak dan lebih baik berbanding daripada susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada penyakit. Bayi akan kurang sakit seperti demam, jangkitan kuman, selesema dan sebagainya disebabkan oleh antibodi yang terdapat didalam susu ibu, antibodi ini tidak terdapat dalam susu formula. Selain itu juga, susu ibu mengandungi nutrient yang lengkap untuk tumbesaran bayi. Susu ibu dpt membantu bayi menerima nutrient yang cukup yang mereka perlukan terutama pada umur bayi 6 bulan dan kebawah. Susu ibu juga mudah dihadam, membantu mengelakkan sembelit dan kembung perut bayi. Ibu2 sudah tidak perlu risau dan pening kepala untuk mencari susu formula sesuai untuk bayi kerana susu ibu sudah alami sesuai dengan bayi itu sendiri. Disebabkan itu bagi ibu2 yang mampu untuk menyusukan anak, amatlah digalakkan untuk menyusukan anak sampai usia mereka 2 tahun untuk perkembangan otak dan perkembangan tubuh yang baik.

Baca lagi
Post reply image