Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests


Penyusuan susu ibu memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, adalah digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu. Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: 👶🏻Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda 👶🏻Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. 👶🏻Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar. 👶🏻Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. 👶🏻Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. 👶🏻Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. 👶🏻Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. 👶🏻Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. 👶🏻Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. 👶🏻Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Untuk ibu, penyusuan susu ibu: 🧕🏻membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 🧕🏻membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 🧕🏻menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya Lain – lain kebaikan: 🤱🏻Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. 🤱🏻Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak. #TAPXbossmama #theasianparentmalaysia #bossmama
Baca lagi