Jadikan 5 Pemenang Bertuah Kami, Mummy!
Jom sertai peraduan Komen & Menang dan anda berpeluang untuk bawa pulang set produk dari Bossmama bernilai RM197.90! Klik di sini SEKARANG: https://community.theasianparent.com/contests


1. Jumlah bakteria baik (Bifidobacteria dan Lactobacilli) dalam usus. Bakteria baik Bifidobacteria berfungsi untuk menguatkan sistem imun tubuh dan membantu mengelakkan bayi dari cirit birit. Manakala bakteria Lactobacilli berfungsi membantu dalam proses penyembuhan tubuh dan dapat melindungi dari jangkitan virus. Namun keduanya juga, membantu dalam mengawal bakteria jahat dari berkembang pesat. Kestabilan bakteria ini amat penting untuk kesihatan menyeluruh tubuh bayi. Melalui kajian yang dilakukan, dua jenis bakteria baik ini, di dapati terdapat lebih banyak di dalam usus bayi yang menyusu susu ibu berbanding bayi yang menyusu susu formula. 2. Enzim. Kajian tersebut menemui sejenis enzim yang yang dikenali sebagai 'Lysozyme' yang mana enzim ini, dapat melindungi tubuh bayi dari serangan mikroorganisma perosak. Dalam kajian pada najis bayi, hanya najis bayi yang diberikan susu ibu sahaja mengandungi kandungan enzim ini. Bayi perolehinya dari susu ibu. 3. Kolestrol. Susu ibu didapati memiliki lebih tinggi kolestrol. Walaupun kandungan kolestrol dalam tubuh bayi yang diberikan susu ibu didapati lebih tinggi namun ia bukanlah sesuatu yang tidak menyihatkan buat bayi. Malah dari hasil kajian menunjukkan, pendedahan kolestrol kepada bayi, membantu tubuhnya untuk memprogram metabolisma agar dapat menggunakan kolestrol dengan lebih baik di sepanjang tumbesaran dan kehidupan masa hadapannya. Selain itu, kandungan kolestrol baik yang tinggi juga, membantu mengelakkan penyakit berkaitan dengan jantung.
Baca lagi