Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven

Jom bersama dengan Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah dengan kami pada 16 Oktober 2020, Jam 3.00 petang dengan topik yang sangat dekat dengan para ibu iaitu ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐๐š๐๐š๐ง : ๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ซ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ซ ๐ข๐›๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ. Ajukan sebarang permasalahan atau perkongsian yang anda alami bersama kami di ruangan komen bawah dan nantikan jawapan terus daripada pakar kami kepada anda. #asktheexpert #TAPprihatin #tanyaTAP

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven
44 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum dr. sya new mom n first baby,blm ada pglman ttng myusu.. baby br 1 bulan 6 Hari.. 1.macam Mana nk byk kan hr susu n bg tips utk ibu bkrja? 2.susu tepung apa yg sesuai nk bg mix?klay bg mix,mn 1 prlu bg lbih utk baby mnm? 3.cara pyimpnan air susu slpas pam? 4.tips elakkan bgkak susu sebab Saya dah 3 kli kena.. 5.cara yg sesuai nk susukan baby supaya tidak luka kpda puting?

Baca lagi
4y ago

Puan, dari soalan-soalan Puan ni, saya rasa ada kemungkinan latching anak Puan belum bagus. Lekapan yang kurang baik menyebabkan pengeluaran susu yang tidak efektif, jadi mudah bengkak susu, puting luka dan akhir sekali susu akan berkurangan. Saya cadangkan Puan dapatkan bantuan dari kaunselor penyusuan berdekatan supaya boleh betulkan lekapan anak Puan. Selagi lekapan / latching anak belum dibetulkan, masalah lain pun takkan dapat diselesaikan.

Assalamualaikum doc. Baby saya baru nak masuk 2mth. Dia start susu fm bila kena tahan nicu masa bersalin tu and doc dkt hosp suruh kasi fm bila dirumah utk kurangkan kuning. Now dia mcm taknak susu botol langsung either susu fm atau susu badan yg dah dipam. Dia nak direct bf je. Masalahnya bila dia direct kejap je isap dlm 10minit pastu tidur. Mcmna ye saya takut berat dia drop.

Baca lagi
4y ago

Thankyou doc really appreciate โค๏ธ

salam doc. sy adalah new mother, n baby umur 3 bln. sy nk tny, ada tak possibility ntuk baby start direct bf pada umur dia yg dah 3bln ni? sbb previous ni dia minum bf thru botol sbb posisi pegangan sy tk selesa sbb trauma pada luka czer. skrg sy dah confident pegang baby, alhamdulillah. sy nak sgt baby df sbb baby kuat susu n nk rsa bonding ibu dan anak ๐Ÿ˜ญ

Baca lagi
4y ago

Wsalam Puan Illa, jawapannya ialah boleh. Cuma, ia perlukan usaha dan masa dari ibu. Kalau Puan ada susu badan, boleh cuba latching masa baby mengantuk. Cuba kesan tanda awal bayi lapar, dan lekapkan dia di payudara sebelum dia mula menangis kelaparan. Kurangkan pemberian botol susu, gantikan dengan picagari, cawan atau sudu. Banyakkan terapi kulit ke kulit dengan bayi dan pujuk bayi untuk direct feeding. Dapatkan bantuan kaunseor jika tak berjaya lekapkan bayi. Good luck ๐Ÿ˜‰

Baby saya 1bln 16 hari , saya bagi susu campur badan dan fomula , bayi saya lebih kerap minum susu badan , dalam sehari dua atau tga kali mnum susu fomula.. 1. Hidung bayi selalu berbnyi mcm crok2 2.perut bayi seperti ada agin berbnyi selalu 3.kerap kentut 4. Mata bertahi 5. Batuk Kenapa bnda ni terjadi ? Dr boleh cadangkan susu terbaik utk ank saya

Baca lagi
4y ago

Susu terbaik utk bayi ialah susu ibu, Puan ๐Ÿ˜Š untuk keadaan anak Puan, saya cadangkan berjumpa dgn doktor berdekatan, supaya boleh buat pemeriksaan fizikal untuk komen yang lebih tepat

assalam dr. boleh sy tnya tak mcm mana nk hsilkan susu bdn ? sbb sy pnya susu bdn dh kering smnjk ank sy umur 2bulan lebih, skrg ni bg susu tepung dutch baby . sy tkthu mcm mana nk hasilkan balik tnya nurse pn nurse ckp mkn syur byk ii tp sy dh mkn still tkde jgk mcm mana ye

Soalan saya, Dr. adakah lepas menyusu, babh perlu di sendawakan? bagaimana nak sendawakan baby yg baru lahir? bagaimana nak tahu baby tu tersedak susu? anak kakak saya pernah tersedak susu sampai kulit muka biru, saya jadi ngeri dan trauma balik.

4y ago

Bayi yang menyusu sepenuhnya dgn susu badan secara direct feeding tidak perlu disedawakan, kerana tiada angin yang masuk ke perut bayi semasa proses penyusuan susu ibu. Utk sedawakan bayi, boleh sandarkan bayi ke bahu ibu dan tepuk dgn tangan yang melengkung.

Dr, soalan saya lagi, tips nak bagi susu banyak dan ajar baby untuk menghisap. ada posisi yg terbaik nak menyusu antara ibu dan baby selain dari memangku di tangan. saya ada dengar tak elok jika posisi baring, takut tertidur dan tindih baby.

4y ago

Panjang topik utk tambah susu ni Puan. Boleh cuba power pumping, ia sangat berkesan ๐Ÿ˜Š Boleh cuba juga urutan tambah susu seperti di Bondahaven. Cara pegangan bayi yang terbaik ialah mengikut keselesaan ibu. Pada awal penyusuan, pegangan buaian adalah yang paling mudah utk ibu, dan pegangan buaian melintang amat bagus utk bayi latching dgn betul. Posisi baring lebih sesuai utk ibu yang sudah pulih sepenuhnya dari luka bersalin dan sudah selesa menyusu.

Assalamualaikum dr soalan saya : bagaimana nak keluarkan puting payudara yg tenggelam ye? Sy dh try tarik2 sy mmg berniat nak menyusu anak sehingga 2tahun lagipun ni anak first. harap doktor boleh beri pencerahan terima kasih

4y ago

baik terima kasih doktor ๐Ÿ˜Š

soalan saya lagi Dr, ada cadangan waktu atau rutin harian pukul berapa nak pump susu? macam 2 jam sekali atau 4 jam sekali ataupun ketika baby nak menyusu, kita pump yg sebelah? berapa minimum amount susu yg baby perlukan mengikut umur dan berapa kerap?

4y ago

Ini bergantung kepada rutin harian Puan. Adakah Puan suri rumah atau ibu bekerja? Suri rumah tidak perlu mengepam susu. Ibu bekerja pula perlu mengepam susu setiap 3-4 jam sekali apabila berada di tempat yang berasingan dgn bayi.

Assalamualaikum Dr soalan saya,semalam saya mengalami pendarahan banyak sikit dari pndarahan spotting biasa.semalam saya di scan dari bawah dan mengalami pendarahan coklat hingga hari ini tapi tak sakit adakah normal sebab scan dari bawah.

4y ago

kalau drh klr byk better gi hospital semula.