Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven

Jom bersama dengan Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah dengan kami pada 16 Oktober 2020, Jam 3.00 petang dengan topik yang sangat dekat dengan para ibu iaitu ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐๐š๐๐š๐ง : ๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ซ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ซ ๐ข๐›๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ. Ajukan sebarang permasalahan atau perkongsian yang anda alami bersama kami di ruangan komen bawah dan nantikan jawapan terus daripada pakar kami kepada anda. #asktheexpert #TAPprihatin #tanyaTAP

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven
44 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum dr. sya new mom n first baby,blm ada pglman ttng myusu.. baby br 1 bulan 6 Hari.. 1.macam Mana nk byk kan hr susu n bg tips utk ibu bkrja? 2.susu tepung apa yg sesuai nk bg mix?klay bg mix,mn 1 prlu bg lbih utk baby mnm? 3.cara pyimpnan air susu slpas pam? 4.tips elakkan bgkak susu sebab Saya dah 3 kli kena.. 5.cara yg sesuai nk susukan baby supaya tidak luka kpda puting?

Baca lagi
5y ago

Puan, dari soalan-soalan Puan ni, saya rasa ada kemungkinan latching anak Puan belum bagus. Lekapan yang kurang baik menyebabkan pengeluaran susu yang tidak efektif, jadi mudah bengkak susu, puting luka dan akhir sekali susu akan berkurangan. Saya cadangkan Puan dapatkan bantuan dari kaunselor penyusuan berdekatan supaya boleh betulkan lekapan anak Puan. Selagi lekapan / latching anak belum dibetulkan, masalah lain pun takkan dapat diselesaikan.