Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven

Jom bersama dengan Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah dengan kami pada 16 Oktober 2020, Jam 3.00 petang dengan topik yang sangat dekat dengan para ibu iaitu ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ ๐๐š๐๐š๐ง : ๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ซ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ซ ๐ข๐›๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ. Ajukan sebarang permasalahan atau perkongsian yang anda alami bersama kami di ruangan komen bawah dan nantikan jawapan terus daripada pakar kami kepada anda. #asktheexpert #TAPprihatin #tanyaTAP

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tengku Nur Atiqah, Kaunselor Laktasi Bertauliah, Pengarah Bondahaven
44 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr, soalan saya lagi, tips nak bagi susu banyak dan ajar baby untuk menghisap. ada posisi yg terbaik nak menyusu antara ibu dan baby selain dari memangku di tangan. saya ada dengar tak elok jika posisi baring, takut tertidur dan tindih baby.

5y ago

Panjang topik utk tambah susu ni Puan. Boleh cuba power pumping, ia sangat berkesan ๐Ÿ˜Š Boleh cuba juga urutan tambah susu seperti di Bondahaven. Cara pegangan bayi yang terbaik ialah mengikut keselesaan ibu. Pada awal penyusuan, pegangan buaian adalah yang paling mudah utk ibu, dan pegangan buaian melintang amat bagus utk bayi latching dgn betul. Posisi baring lebih sesuai utk ibu yang sudah pulih sepenuhnya dari luka bersalin dan sudah selesa menyusu.