Kipas Elektrik Pintar YAMAZEN Dengan Ciri Keselamatan Untuk Kanak-Kanak Kini Di Aeon!

Jika anda sedang mencari kipas terbaik yang mempunyai ciri keselamatan untuk kanak-kanak, ini adalah pilihan terbaik untuk anda! Peralatan elektrik merupakan satu kemudahan penting dalam kehidupan seharian kita. Kipas merupakan salah satu peralatan eletrik yang sering digunakan, malah ia semakin maju dengan pelbagai teknologi yang menawarkan keselesaan dan keselamatan untuk para pengguna. Berita baik untuk anda, Aeon akan memperkenalkan kipas pintar Yamazen Touch Stop Electric Fan, di bawah jenama kategori No 1 di kipas elektrik di Jepun, Yamazen. Bersesuaian dengan cuaca yang panas di Malaysia, Yamazen Touch Stop Electric Fan adalah pilihan ideal dan ekonomik untuk dimiliki. Jika anda seorang yang mengejar masa, mungkin ada masanya anda terlupa menutup suis kipas. Tetapi dengan kipas pintar, anda tidak perlu risau kerana ia akan tutup dengan sendirinya selepas 8 jam. Dengan tinggi maksimum 1000mm dan minimum 800mm, kipas pintar ini menawarkan sensasi lembut dan santai yang cekap, dalam keadaan senyap!  Yang menariknya, kipas model Yamazen juga mesra kanak-kanak kerana ia dapat mengesan sentuhan manusia melalui sensor keselamatan yang akan segera berhenti berfungsi apabila disentuh dan bergerak semula selepas 15 saat. Model baru mempunyai 5 bilah dan 3 tetapan kelajuan dan ayunan yang disesuaikan untuk menghasilkan variasi angin yang berbeza untuk pilihan yang berbeza-beza. Ia boleh berayun ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah untuk pelbagai penyejukan.  Kipas Yamazen dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang menjadikannya mudah untuk dikawal dari jauh tanpa perlu meninggalkan sofa atau katil. Ia mempunyai 3 tahap kuasa angin iaitu rendah, sederhana dan kuat. Ia mempunyai gerakan angin berirama yang mimik  gaya angin irama semula jadi, sesuai untuk hari-hari lembap dan panas di Malaysia. Dengan harga yang terjangkau hanya RM 199, Yamazen Touch Stop Electric Fan boleh didapati dalam 3 warna iaitu biru, emas dan natural. Ia boleh didapati secara eksklusif di semua runcit AEON dan AEON Big di seluruh negara. Jom dapatkan Yamazen Touch Stop Electric Fan di AEON berdekatan. 

Kipas Elektrik Pintar YAMAZEN Dengan Ciri Keselamatan Untuk Kanak-Kanak Kini Di Aeon!
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Uuu menarik jgk blh ada sensor. Ank sy suka sgt main kat kipas, risau tgn dia merayap situ time kita x terlepas pandang dia 😥😥

TapFluencer

Mostly budk memang suka main kipas. Good invention #TAPactiveusers #TAPsupermoms

VIP Member

Sedihy.. Aeon x kat kot kinabalu 😅 #TAPSupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi

mana nk cari sparepart kipas ni...pengekat kaki sudah patah

anak suka main kipas..suka sidai kain kecil kt kipas

Super Mum

Terbaik ni. Anak saya suka main kipas..

VIP Member

Mcm tahu2 je nk kena beli kipas baru

VIP Member

bestnya kalau dapat satu

VIP Member

Bagus juga kipas ni 😍

VIP Member

Wow syoknya beranginnn