10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Jika tiada rezeki untuk anak sulung, jd saya berdoa & memohon untuk anak bongsu saya berumur 2 tahun. Mungkin ini bakal jadi hadiah hari lahir yang terbaik buatnya yg lahir pada 3 December 2019. Anak yang membesar pada musim pkp. Saya amat memerlukan car seat ini untuk anak2 saya. Walau cermat dan hemah macam mana sekalipun kita memandu, tapi bahaya tetap dimana2 & tiada siapa yang dapat menjangkanya. Terima kasih TAP, CROLLA & BERJAYA SOMPO INSURANCE diatas peluang yang diberi seperti ini untuk keluarga yang kurang berkemampuan seperti kami. Harap pihak tuan puan dapat pertimbangan dengan baik. 🥲🥰

Baca lagi

assalamualaikum . semoga saya dberi rezeki bantuan car seat dari TAP utk anak sulung saya yg berusia 18bulan skrg supaya senang bawa nya ke hospital jumpa pakar utk checkup setiap bulan kdg selang dua minggu sekali disebabkan car seat lama nya sudah tak muat dgn keadaan ekonomi agak gawat skrg dgn suami sahaja yg bkerja kami tak mbeli lagi car seat baru utk dia n car seat lama tu adik nya yg baru dua bulan guna maka bila kemana2 dia hanya duduk di bangku biasa dgn keadaan dia sdg lasak mmg agak sukar utk kawal dia di dalam kereta . harap pihak mberi dapat mptimbangkan . terima kasih 😊❤️

Baca lagi

Hi! Saya mempunyai seorang anak kecil berumur 3tahun 4bulan. Sy memerlukan carseat ni kerana 1. Mengikut syarat kriteria sy & suami bwh pendapatan 4k 2. Sy sedang sarat mengandung & anak saya yg sulung suka ddk depan sbb dia nk ddk dgn saya jd agak sukar sy utk ddk bersama di tempat duduk dpn. 3. Kalau sy bertuah & menang carseat ni, anak sy mesti akan rasa teruja seperti ada "kerusi sendiri" di dalam kereta & akan duduk diam. Saya harap sy terpilih menjadi antara 10pemenang bertuah. Mungkin rezeki baby dlm perut utk kasi anak sulung sy ddk atas carseat ini! Amin terima kasih ❤️

Baca lagi

Hai TAP, saya ibu kepada 3 org anak 1 lelaki & 2 ppuan iaitu danial 5tahun, iman 3tahun & syifa 1tahun.. saya memerlukan car seat untuk ank ppuan sy yg berusia 3tahun Carseat yg sedia ada digunakan untuk ank sy yg bongsu yg baru berusia setahun. sebab sy memerlukan car seat kerana akan memudahkan saya membawa ank2 saya pergi checkup dan yg penting memudahkan membawa ank yg berusia 3tahun yg mempunyai masalah paru2 untuk checkup pakar di hospital. semoga ada rezeki anak saya Nur iman Humaira untuk memiliki car seat sendiri aminn... ❤️ Terima kasih TAP 🤗❤️

Baca lagi

Hai TAP, Saya ibu kepada seorang bayi perempuan berusia 20 hari. Saya sangat memerlukan bantuan carseat dengan harapan dapat mememudahkan saya untuk berulang alik ke klinik dan juga hospital untuk menemui doktor pakar memandangkan anak saya mengalami sawan selepas lahir. pekerjaan suami yang dibayar gaji mengikut hari bekerja menyukarkan suami untuk memohon cuti yang kerap. Jadi saya terpaksa berdikari dengan membawa anak ke hospital atau klinik sendiri walaupon ketika ber pantang. Semoga ada rezeki anak saya untuk menerima bantuan carseat daripada TAP. TQ

Baca lagi

Assalamualaikum dan hai..saya adalah bakal ibu, sekarang tengah berada di trimester kedua kehamilan..sy hanya surirumah dan bergantung kepada gaji suami..setelah mengambil kira dan senaraikan semua barang bayi (ini adalah anak pertama), sy dapati untuk membeli barang baby dari zero amatlah mahal memandangkan kami baru sahaja kahwin dan bakal mendapat anak pertama kami tak lama lagi..jadi dengan rendah hati, saya menyertai pertandingan ini, jika ada rezeki saya alhamdulillah boleh cut cost pada carseat dimana kos ia agak mahal..terima kasih TAP 😊

Baca lagi

Salam sejahtera TAP & Crolla, Saya memerlukan car seat untuk bayi yang bakal saya lahirkan pada Januari depan. Kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun ini pula hadir selepas saya dan suami menjadi antara pekerja yang terlibat dalam pemberhentian pekerjaan semasa pandemik, sekaligus memberi kesan pada ekonomi keluarga, jadi dengan adanya bantuan car seat ini sedikit sebanyak membantu keluarga mengurangkan sedikit perbelanjaan untuk mendapatkan car seat, yang saya tahu amat penting demi keselamatan si manja ketika di dalam kereta.

Baca lagi

Saya ingin sangat Bantuan Car Seat ini kerana dapat memudahkan anak saya duduk dalam keadaan selamat ketika berada di dalam kereta. Dan saya tidak risau akan anak saya ketika dia duduk di belakang. Keselamatan terjamin dan anak akan berasa selesa jikalau anak tertidur. Dapat mengajar anak untuk berdisiplin ketika berada dalam kereta. Pentingnya ada kesedaran keselamatan pemakaian Car Seat untuk kanak-kanak demi keselamatan semasa dalam kenderaan. Semoga rezeki saya ada jikalau saya terpilih untuk memenangi Bantuan Car Seat ini. ☺️

Baca lagi

Assalamualaikum, Saya menyertai peraduan ini untuk anak saya Muhammad Faeq Aqil 3Tahun dan Aisyaa Saffiya 1Tahun. Tujuan memohon carseat adalah kerana harga carseat tersangat lah mahal bagi saya yang tidak bekerja dan gaji suami yang kurang. Saya juga sedar pentingnya carseat untuk anak. Namun apakan daya belum masanya untuk kami beli kerana dahulukan keperluan lain. Besar harapan saya untuk terpilih sebagai salah satu ibu yang bertuah memiliki carseat ini. Terima kasih atas peraduan ini TAP dan Berjaya Sompo Insurance dan Crolla

Baca lagi
VIP Member

Saya sangat2 memerlukan sebuah carseat kerana saya baru melahirkan bayi pada tarikh 29/11/2021. Dan saya belum berkemampuan untuk membeli sendiri carseat kerana banyak keperluan yang perlu di selesaikan. Dan jika di rezekikan untuk bayi saya ni, carseat ini juga dapat di kongsikan dengan kakak nya yg berumur 3 tahun. Dengan hadiah carseat ini, saya berharap dapat memudahkan dan memberi keselamatan ketika anak saya berada di dalam kereta. Terima kasih TAP dan Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. #tap#berjayasompoinsurance#crolla

Baca lagi