βœ•

140 Balas

VIP Member

Hai Crolla & Asian Parents ❀️ saya ibu kepada 2 org anak, anak sulung saya berumur 1tahun 3bulan, dan saya sedang hamil anak kedua dijangka akan lahir pada May 2022. Saya sangat berharap ini adalah rezeki anak sulung saya, Adam Yusuff. Yang mana beliau tidak memiliki car seat, disebabkan kekangan kewangan, suami saya kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik ini. Anak sulung saya seorang yang sangat aktif dan lincah. Sekiranya beliau memiliki carseat ini, akan memudahkan urusan saya untuk menghantar beliau ke rumah pengasuh setiap hari. Anak saya sangat meminati warna merah, sekiranya berpeluang saya amat berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Crolla & AsianParents kerana membantu meringankan beban keluarga saya ❀️

Assalamualaikum & hi to everyone, Saya merupakan new mom yg baru melahirkan cahaya mata pada bulan Oct 2021 yg lalu. The reasons utk saya mendapatkan car seat ini adalah disebabkan saya tidak berkerja, dan saya memerlukan car seat utk baby saya disebabkan keadaan saya yg belum sihat sepenuhnya. Saya telah melahirkan bayi secara pembedahan, dan atas faktor itu saya perlu mempunyai car seat supaya anak saya dapat diletakkan secara selamat di dalam kenderaan. Hal ini dpt memudahkan pergerakan saya dan suami kerana saya ingin kembali berkerja setelah habis berpantang. Sekadar mencuba dan jika diberikan rezeki, saya akan menggunakan car seat ini dengan sebaiknya. Terima kasih pihak penganjur atas peluang yang diberikan ☺️

Salam TheAsian Parent . Saya merupakan ibu kepada bayi perempuan berusia 5bulan. Saya seorang Suri rumah , suami bekerja sebagai Juruteknik dengan pendapatan cukup hanya menampung keperluan bulanan. Dengan bantuan Carseat memudahkan Sy untuk rutin ke klinik bagi checkup bulanan anak. Sekarang Sy hanya meriba anak Sy ketika dalam kereta. Saya sangat risau sekiranya terjadi kemalangan jalan raya. Sekurangnya Carseat dapat melindungi anak saya. Bantuan carseat amat diperlukan untuk membawa anak bersama COD kek serta makanan kerumah customer . Saya tak perlu risau kerana yakin anak Selamat berada dalam Carseat. Keselamatan anak amatlah penting bagi kami sebagai ibu dan Bapa. Semoga urusan saya dipermudahkan. Amin.

Assalamualaikum.. saya memerlukan car seat kerana saya ulang alik ke klinik bersama anak saya.. suami saya sibuk bekerja.. Sehingga terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa untuk mengumpul duit bagi bayi yang bakal lahir Januari 2022 nanti.. Jadi saya terpaksa melakukan banyak perkara bersendirian contoh membeli barang, klinik, ambil upah sebagai penghantar barang dan lain lain.. Jadi saya amat memerlukan car seat supaya anak saya dalam keadaan selamat semasa didalam kereta.. Tambahan pula, β€œchild lock” pintu kereta saya tidak berfungsi dengan baik.. Ini amat bahaya ketika saya memandu bersama anak saya.. harap ada rezeki saya untuk peroleh Bantuan Car Seat ini.. Terima Kasih team TAP ❀️

VIP Member

Salam sejahtera untuk TAPmalaysia dan Berjaya Sompo . Saya dan suami masih lagi belum mempunyai sebuah carseat untuk anak kami yg sudahpun mencecah setahun . Berikutan dengan kekurangan pengetahuan dalam jenis carseat yg bersesuaian serta model kereta jenis lama yg tidak mempunyai isofix dan kelengkapan yg sepatutnya . Kami juga agak kurang berkemampuan kerana hanya suami yg bekerja dan sy hanyalah suri rumah sepenuh masa . Kami juga menitik beratkan keselamatan anak dan ingin memastikan carseat yg digunapakai kelak dapat digunakan sehingga sekurang-ii nya anak berusia 5 atau 6 tahun tidak kiralah harganya seberapa mahal sekalipon cuma kami masih belum mempunyai kemampuan .

assalammualaikum...hai....anak saya sudah berumur 1tahun 9 bulan...saya sangat memerlukan carseat sebab dulu beli carseat tapi untuk new born je... husband yg belikan...xreti Dan xtahu Masa tu ..tapi bila dh xmuat...xboleh pakai ..Dan sangat memerlukan bantuan carseat ni...susah sangat sbb baby xdak safety....saya pulak tidak bekerja...suami saya pulak baru sahaja bekerja disebabkan pkp...baby makin tinggi,makin sihat Dan saya kadang sakit pinggang Dan kaki dia dh sampai ke peha driver...bahaya sangattt ...semoga ada rezeki saya untuk mememnangi sebuah carseat untuk anak saya....saya hanya risaukan keselamatan dia Dan kami ketika keluar menaiki kereta....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera TAP dan Crolla. Syukur alhamdulillah dimusim pandemik dan banjir ni kita diberi kenikmatan untuk bersama dgn anak dan keluarga tersayang. Sy mmpunyai seorang cahaya mata bernama Ahmad Yusuf Baihaqi berumur 1 tahun. Car seat skrg merupakan 1 kewajipan dlm setiap kereta keluarga yg mmpunyai anak. Crolla juga adalah pilihan utama setiap keluarga di Malaysia kerana sgt menitik beratkan 3 teras utama iaitu (safety, quality, comfort) dan meletakkan 100% quality, professional dan servis kpda para ibu bapa. Terima Kasih TAP Berjaga Sompo Insurance dan Crolla kerana mmbuatkan kami ibubapa yakin dgn anda 😊

hai.... saya ingin memohon car seat untuk baby saya auraa afeeya berumur 10 bulan yg lahir pada 05/02/2021,moga baby saya adalah salah seorg yg bertuahπŸ₯°πŸ₯° saya ibu kepada 5 org cahaya mata,kehidupan kami kurang berkemampuan,pernah terfikir untuk membeli tapi apakan daya kerana keperluan lain lebih penting,didahulukan... keseelamatan anak pon terfikir juga tapi apakan daya x mampu untuk membeli,tambahan pulak di musim pendemik,moga ada rezeki baby saya tuk memiliki car seat yg cantik,😍😍 moga baby saya adalah salah seorg penerimanya semoga Berjaya Sompo Insurance dan Crolla terus maju jaya selamanya,amin #tap

Assalamualaikum. Saya merupakan seorang ibu kepada bayi berusia 7 bulan. Kini saya sedang hamil anak kedua. Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Suami bekerja dan berpendapatan sederhana. Saya mempunyai carseat untuk anak pertama, ehsan dari ipar. Ia amat berguna ketika saya berdua membawa anak ke klinik untuk check up setiap bulan. Jadi, saya ingin memohon bantuan car seat untuk kegunaan anak-anak kelak. Car seat amat penting untuk mengelakkan kecederaan yang teruk sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka. Semoga ada rezeki anak saya dengan bantuan car seat daripada TAP. Terima kasih TAP

Saya memang mencari carseat dengan harga yang berpatutan dan memenuhi semua aspek dan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan untuk anak saya yang berumur 2 tahun. Anak saya cukup lasak dan sering mengganggu terutamanya ketika suami sedang memandu. Sangat bahaya untuk budak berumur 2tahun. Apabila diambil, anak lelaki saya meronta-ronta dan memegang stering dengan sangat kuat. Saya amat memerlukan carseat ini untuk keselamatan anak saya dan keharmonian keluarga kecil kami yang cukup mencabar di zaman covid ini. Diharapkan pihak CROLLA & BERJAYA SOMPO dapat membantu kami sekeluarga dengan pemberian carseat ini.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan