140 Balas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada The Asian Parents Malaysia, Berjaya Sompo dan semua. Saya merupakan seorang ibu dan mempunyai seorang bayi yang berusia 4 bulan. Tujuan saya memohon bantuan carseat ini adalah ingin mengutamakan keselamatan bayi saya apabila berada di dalam kereta terutama perjalan ulang alik ke rumah pengasuh. Saya baru mula bekerja manakala suami saya mengalami kemerosatan sumber pendapatan akibat penutupan kilang tempat kerja suami. Tambahan lagi, Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) menujukkan kematian kanak-kanak didalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan car seat yang sesuai dan dipasangkan dengan betul. Walaupun penggunaan car seat bukan satu peraturan yang mandatori di Malaysia, sebagai ibubapa, seharusnya anda mengambil berat akan isu ini dan memasang car seat di dalam kereta demi keselamatan anak-anak. Ia adalah satu langkah paling utama untuk melindungi anak-anak daripada sebarang kecederaan yang serius. 2. Tali Pinggan Keselamatan vs Car Seat Booster Seat Wrong Versus Right Tali pinggang keselamatan direka untuk digunapakai oleh orang dewasa. Ia bertujuan untuk mengurangkan daya tenaga yang terhasil apabila berlaku kemalangan supaya ia tidak mengenai keseluruhan badan pada masa yang sama. Ia memeluk erat seorang dewasa dengan menyilang tali dari pinggang, dada dan bahu. Apabila pelanggaran berlaku, daya hentakan tersebut akan tersebar dengan rata pada masa yang sama, mengurangkan kecederaan pada tisu dalaman. Sebaliknya, jika anda meletakkan seorang kanak-kanak, tali tersebut akanmenyilang pada leher dan jika berlaku kemalangan, akan menyebabkan kecederaan yang serius pada bahagian tersebut apabila tali pinggang terkunci semasa pelanggaran. 3. Malang Tidak Berbau Terdapat 3 perkara yang akan berlaku semasa kemalangan iaitu pelanggaran kenderaan, pelanggaran manusia dan pelanggaran organ dalaman. Ketiga-tigaperkara tersebut berlaku secara serentak sebaik sahaja kenderaan berhenti secara mengejut. Jika kanak-kanak tidak menggunakan car seat, apa yang berlaku adalah kanak-kanak tersebut akan melonjak kehadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalangnya. Ini antara penyebab yang menyebabkan kanak-kanak menghempap kerusi mengakibatkan kecederaan luar dan dalaman atau tercampak keluar dari kereta. Dengan adanya car seat, sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut dilindungi oleh kerangka dan tali keselamatan yang padat dengan span lembut untuk menyerap hentakan. Ciri-ciri sesebuah car seat bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.Ia direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut. Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini. 5. Fokus Kepada Pemanduan Image result for focus driving child at the back Khas untuk wanita yang bekerja atau surirumah yang aktif dengan aktiviti luar, membawa kanak-kanak bersama adalah satu cabaran didalam kereta. Pastinya anak-anak tersebut tidak dapat duduk diam dan perlu diberi ingatan. Semestinya fokus pemanduan akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan sepanjang perjalanan supaya anak-anak tidak melompat-lompat didalam kereta. Dengan adanya car seat, pengawasan amat minimum dan fokus pemanduan tidak akan terganggu. 6. Undang-undang Wajib Image result for isofix Menurut Timbalan Meneteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, kerajaan menjangka untuk mewajibkan peraturan penggunaan tempat duduk khas bayi pada kenderaan dalam menjelang 2019. Setiap kenderaan setiap kenderaan baru yang dikeluarkan wajib dilengkapi ISOFIX iaitu kelengkapan untuk meletakkan kerusi bayi dalam kenderaan. Malaysia adalah anggota dalam World Forum For Harmonisation of Vehicle Regulations (WP29) dimana ia mewajibkan setiap negara anggota menguatkuasaan peraturan berkenaan. Oleh hal demikian, tidak ada alasan lagi untuk melengah-lengahkan pembelian sebuah car seat kerana ia bakal wajib dilaksanakan. Sekarang anda sudah tahu kenapa car seat amat penting untuk keselamatan anak anda. Justeru itu, pastikan anda mendapatkan car seat yang telah di sahkan keselamatannya oleh SIRIM ataupun mana-mana badan pengiktiraf di luar negara bagi menjamin pelindungan yang menyeluruh. Bukan itu sahaja, pemilihan car seat perlulah sesuai mengikut umur. Oleh demikian, saya amat berharap diberi peluang untuk memiliki carseat ini. Saya dahulukan dengan ribuan terima kasih kepada TPA dan Berjaya Sompo kerana perihatan mengenai keselamtan bayi dan kanak-kanak.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Ini bukan cerita rekaan, tapi realiti.. Saya ingin memohon untuk anak pertama yang bakal dilahirkan tahun 2022.. Memandangkan kami kurang berkemampuan dari segi kewangan, persediaan menyambut bayi belum dapat disediakan.. Saya dan suami bersama-sama bekerja sebagai penjual baju yang kami jahit sendiri untuk living survive.. Sejujurnya income jualan tak seberapa, nak bayar sewa rumah tak mampu, sekarang pun dah 2 bulan tertunggak.. Untuk bulan Disember pun duit sewa belum cukup.. Segala urusan ada bukti dengan tuan rumah.. Bil elektrik pun tertunggak 3 bulan.. Perbelanjaan makan minum bergantung pada hasil jualan tapi setelah ditolak kos modal, maksudnya baki duit untung tinggal.. Jualan tidak meriah, ada juga sampai 4 hari pun pernah tidak ada pembeli.. Jadi dalam sebulan kiraan kasar jualan tidak sampai 15 helai.. Kereta yang digunakan kereta secondhand tahun 2006.. Nak beli carseat yang secondhand pun tidak mampu, memandangkan keadaan ekonomi kami yang amat kritikal.. Dalam keadaan saya tengah mengandung memerlukan makanan yang sihat untuk bayi, tapi saya makan apa yang ada sahaja walau pun nasi berlauk telur goreng.. Keadaan sekarang susah untuk mendapat peluang pekerjaan.. Suami juga tidak dapat bekerja sepanjang 2 tahun disebabkan PKP yang sentiasa bersambung.. Duit simpanan yang tidak seberapa juga habis digunakan untuk survive sepanjang tempoh PKP.. Bantuan kerajaan juga digunakan untuk membayar sewa rumah.. Saya mohon jasa baik untuk dapat bantuan carseat dari TAP dan Berjaya Sompo, untuk memudahkan urusan ke klinik / hospital.. Mohon pertimbangkan keadaan saya.. Terima kasih..
Assalamualaikum TheAsiaParent, Saya baru sahaja bergelar ibu pada 17/11/2021. Alhamdulillah, tanpa disangka rezeki saya untuk menimang cahaya mata setelah 2 tahun lebih menempuh alam perkahwinan. Sepanjang tahun 2021 ni, pelbagai dugaan buat keluarga kecil kami. Dahulu saya mengikut suami menetap di Terengganu selama 1 tahun lebih. Awal tahun 2021, saya kembali ke halaman kampung sendiri di Pahang. Dugaan berat buat kami, suami saya mengalami kemalangan sehingga mengalami kecederaan yang sangat teruk. 5 Tulang rusuknya patah, serta seluruh tubuhnya mengalami luka2 berat. Luluh hati saya. Tetapi, saya bersyukur suami saya masih ada di sisi saya sehingga kini. Alhamdulillah suami saya sudah sembuh walaupun tidak sepenuhnya lagi. Sekarang, suami saya bertukar tukar pekerjaan akibat kecederaan yang dialami. Suami saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan yang berat2. Pengalaman perit suami saya kena hadapi sepanjang bekerja. Dibuli pihak atasan, selalu di marahi, di maki, perli dan cacian selalu dapat sehingga diberhentikan terus. Kini suami saya hanya mampu bekerja mesen rumput demi sesuap nasi buat keluarga kecil kami. Rezeki buat saya, ayah saya memberi saya sebuah kereta sebagai tanda hadiah kerana telah melahirkan cucu. Jika saya mendapat Carseat ini. Saya bersyukur sangat2. Sekarang anak saya telah berusia 23 hari. Saya berharap, anak saya dapat menggunakan Carseat ini memandangkan keterbatasan kemampuan kami untuk membelinya . Semoga pihak TheAsiaParent dapat memberi peluang dan hadiah ini buat saya serta untuk anak saya. Terima kasih banyak2. Moga hadiah Carseat ini memberi makna kepada keluarga kecil kami.
Hai Crolla dan TAP, saya sangat memerlukan sebuah car seat kerana… sudah semestinya untuk melindungi buah hati saya dalam setiap perjalanan jauh mahupun dekat 🥰 Saya dan suami kini berjauhan atas tuntutan kerjanya. Tinggallah saya menguruskan anak seorang diri. Car seat yang sedia ada telah usang, dan ianya adalah car seat terpakai pemberian dari sepupu. Anak sering sahaja meragam dalam setiap perjalanan, sekali gus menggangu konsentrasi pemanduan saya. Hal ini sangat berbahaya, dan saya sangat cakna akan hal ini. Namun begitu, pasca covid yang sedang kita tempuhi sekarang sangat sangat memberi kesan kepada kewangan kami. Lebih lebih lagi, hanya suami sahaja yang bekerja mencari rezeki. Rumah yang kami diami, rumah sewa yang sedang suami diami, bil bil, ansuran kereta, baki yang tinggal hanyalah perbelanjaan harian. Kami tak mampu membelikan sebuah car seat yang selesa untuk kesayangan kami. Saya ingin merebut peluang ini untuk memberikan hanya yang terbaik untuk anak kami dan saya meletakkan kepercayaan yg tinggi dengan Crolla untuk melindungi anak kami serta TAP untuk memberi peluang kami memenangi nya❤️🥺 Semoga dengan kemenangan ini, dapatlah saya meringankan beban yang sedang suami saya galas, anak kami lebih selesa dalam setiap perjalan dan keselamatan nya terjamin. [T]ertarik dengan bantuan carseat, [A]mboi selesanya,hati Mama tertawan, [P]asti pemanduan Mama lebih concentrate; . [C]omel dilindungi di setiap perjalanan. [R]ezekikan lah kami carseat hebat, [O]h Crolla kuyakini, hatiku riang, [L]indungi anakku, jauh dan dekat; [A]langkah gembira bukan kepalang. TERIMA KASIH 🌸
Hi TAP & CROLLA. Saya Seorang Ibu Kepada Seorang Bayi Perempuan Berusia 11 Bulan Dan Sedang Hamil Anak Kedua Yang DijangkaKan Akan Bersalin Pada Bulan Febuari Tahun Hadapan (2021). Memandang Kandungan Saya Terlalu Rapat Dengan Anak Pertama, Ia Akan Menyukarkan Saya Untuk Berurusan Ketika Diluar Rumah Tanpa Bantuan Carseat. Saya Sangat Memerlukan Bantuan Carseat Bagi Memudahkan Urusan Saya Ketika Di Luar Rumah Bagi Menjamin Keselamatan Anak Saya. Tambahan Pula, Suami/Saya Boleh Menumpukan Perhatian Kepada Pemanduan Sepanjang Perjalanan Tanpa Terganggu Dengan Ragam Anak. Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Dan Bergantung Sepenuhnya Pada Gaji Suami. Memandangkan Suami Sahaja Yang Bekerja, Pendapatan Bulanan Keluarga Kami Menjadi Terhad Lebihan Lagi Dengan Musim Pandemik Menyebabkan Kami Harus Berjimat Cermat. Tidak Dinafikan, Bantuan Carseat Agak Mahal. Hal Ini Menyebabkan Saya Memerlukan Pilihan Carseat Yang Sesuai Dengan Perkembangan Bayi/Kanak-Kanak. Disebabkan, Anak Saya Semakin Membesar Dan Semakin Aktif. Saya Memerlukan Bantuan Carseat Sesuai Dengan Perkembangannya. Dengan Kesempatan Ini, Saya Ingin Merebut Peluang Untuk Menyertai Peraduan Ini Bagi Memberikan Yang Terbaik Untuk Anak Saya. Tak Lupa Juga, Terima Kasih Kepada TAP dan CROLLA Kerana Memberi Peluang Kepada Saya Untuk Menyertai Peraduan Ini. Semoga Dengan Peraduan Ini, Saya Dapat Peluang Untuk Memenangi Bantuan Carseat Jenama CROLLA. Secara Tak Langsung, Dapat Membantu Meringankan Beban Suami/Sekeluarga. Sekian, Terima Kasih.
Assalamu'alaikum.. Terima Kasih asian parent..Semoga anak sy Nur Fatini bertuah.. Amiin Allahumma Amiin.. Alhamdulillah anak sy sekarang 1 Tahun 5 Bulan.Buat masa ni sy memang sngt memerlukan carseat untuk anak sy.. Anak sy sekarang begitu aktif.. Jadi sy terpaksa pangku anak sy ketika duduk didepan mahupun belakang..Jika perjalanan jauh, cthnya ketika balik kampung johor paling sy risau,risiko kanak2 tanpa guna carseat amat tinggi apabila berlaku kemalangan. Semoga anak sy ada rezki untuk daptkan carseat ini dan dpt manfaatkanny dengn baik.. Amiin Sy guru taska swasta dan suami sy guru swasta..Ya, Keperluan anak adalah wajib untuk kami usahakan.. Memandangkan pendapatan kami hanya 2300 shj sebulan.. kami belum mampu membeli keperluan carseat ini.. kerana ada keperluan lain yang wajib kami dahulukan terlebih dahulu.. Sekarang kami menggunakan 1 kenderaan shj,satu2 nyelah kereta kelisa yg kami ada buat masa ni yang boleh dibawa ulang alik ke tempat kerja.. setiap hari pergi kerja naik kereta.. setiap masa lah anak sy akan duduk dipangkuan sy.. jika ada rezki izinkan kami untuk dptknnya.. Semoga anak sy dan keluarga dikurniakan rezeki yng bertuah memenangi giveaway ini. Amiin.Dengn hadiah ini,semoga lebih terjamin keselamatan anak2 apabila menaiki kenderaan.. Terima Kasih Asian Parent Membantu Kami yng memrlukan..
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya Nik Nor Safika bt Nik Azman merupakan ibu kepada Nur Ariana Qalesya bt Mohd Shaifuldin yang berumur 2 tahun 8 bulan. Tujuan saya ingin memohon car seat untuk anak saya adalah kerana saya tahu betapa penting penggunaannya demi keselamatan khususnya kepada kanak-kanak.Sejujurnya,saya berasal dari keluarga kampung dan menetap di kampung yang serba kekurangan.Suami saya hanya bekerja kampung sebagai penoreh getah yang berpendapatan hanya RM600.00 sebulan.Saya tinggal di rumah ayah suami saya.Saya hanya suri rumah sepenuh masa.Suami saya juga yang menanggung ayahnya yang dah tua bersama adiknya yang seorang OKU.Mak suami saya pula telah meninggal pada bulan 8 tempohari kerana sakit tua.Selain menanggung saya berserta anak,suami saya juga terpaksa menanggung mereka berdua. Saya dan suami memang tahu betapa perlunya menggunakan car seat pada kanak-kanak untuk keselamatan tetapi atas faktor pendapatan yang kecil,kami akui kami tak mampu untuk membeli car seat untuk anak kami. Saya berharap,saya salah seorang pemohon yang terpilih dan bertuah untuk mendapatkan car seat tersebut. Terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana menerima permohonan saya ini.Kita hanya merancang,pasti jua hanya Tuhan Yang Maha Esa yang menentukan.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera... Saya mempunyai seorang anak yang berusia 4 tahun..saya ingin memenangi carseat Crolla yang hebat ini kerana carseat anak saya telah rosak..anak saya obesiti..saya hanya seorang surirumah tangga sepenuh masa..saya menjaga ibu saya yang sakit buah pinggang..seminggu 3 kali memerlukan saya menghantar dan mengambil ibu saya dialisis..jadi saya menitik beratkan keselamatan anak saya kerana dia seorang yang aktif tak duduk diam di dalam kereta...suami saya bekerja ulang alik melaka-putrajaya setiap hari..gaji suami pun kadang tidak mencukupi untuk perbelanjaan hingga ke hujung bulan inikan pula untuk membeli carseat..saya ingin memenangi carseat Crolla yang sangat istimewa ini untuk anak saya..saya yakin carseat Crolla merupakan carseat yang sangat berkualiti,tahan lasak,memenuhi piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan,dijamin keselamatannya,cantik serta moden....Terima kasih TAPMalaysia dan Berjaya Sompo kerana mengadakan giveaway yang sangat menarik ini..Saya pasti ramai ibu bapa yang memerlukannya dan mencuba nasib untuk memenanginya tapi saya berharap sangat rezeki sebuah carseat berpihak kepada saya..saya teramat bersyukur🤲 Moga ada rezeki ank saya...aamiin Terima Kasih❤❤❤
Assalammualaikum & hai TAP... Anak sy berumur 2 tahun 1 bulan pd bulan disember ni dan bakal mendapat adik tidak lama lagi. Dengan keadaan ekonomi keluarga yang sangat kritikal pada masa ni menghalang kami sebagai ibubapa untuk membeli car seat yang baru untuk anak kami memandangkan suami saya telah hilang pekerjaan sejak dari PKP lagi. Car seat yang sedia ada tidak lagi mampu menampung saiz anak kami dan car seat tersebut akan kami gunakan untuk bakal adiknya nanti. Walaupun anak saya berumur 2 tahun tapi saiz badan nya yang agak besar dan sangat lasak membuatkan dia tidak lagi sesuai untuk duduk di car seat yang sedia ada. Sy pernah terfikir untuk membeli car seat booster kerana harganya yang murah tapi ianya belum sesuai untuk anak saya kerana dia belum pandai dan belum faham untuk menggunakan seatbelt kereta. Ini amat membahayakan keselamatannya. Saya terpanggil untuk menyertai pertandingan ini kerana memikirkan hal keselamatan anak saya semasa berada didalam kereta dan saya tidak mampu untuk sentiasa memangku anak saya kerana keadaan perut saya yang semakin membesar. Oleh itu, saya berharap dan sangat berbesar hati sekiranya terpilih untuk memenangi bantuan car seat ini... Terima kasih TAP
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Saya mengharapkan bantuan car seat untuk keluarga kecil saya ini kerana hanya suami saya bekerja dan saya seorang surirumah sepenuh masa mempunyai anak kecil berusia 1thn8bulan. Sekarang sedang menunggu kelahiran bayi kedua bulan disember ini. Saya biasa memandu seorang diri dan pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati². Saya sangat memerlukan car seat kerana di musim pandemik ni saya tidak mampu untuk berbelanja lebih membeli car seat. Buat masa ini perbelanjaan lebih kepada barang keperluan anak sulung seperti pampers dan susu juga barang keperluan untuk bayi yang bakal lahir disember ini. Saya juga sangat memerlukan car seat bagi memudahkan saya membawa anak check up di klinik. Kadang suami terpaksa ambil cuti dan saya juga terpaksa ambil tarikh yg sesuai untuk check up di klinik bagi mengurus anak kami bergilir. Dengan bantuan car seat ini kami dapat berikan keselesaan dan memastikan keselamatan anak² juga lebih mudah mengatur masa dan menguruskan anak². Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami moga ada rezeki anak² untuk bantuan car seat ini إن شاء الله 🤲🏻