10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum . Saya suri rumah dan baru mempunyai seorang anak yang berusia 4 bulan . Baru baru ni keluarga kecil saya mempunyai masalah kewangan . Jadi saya harus membantu suami dalam menampung kos sara hidup , saya kena bekerja juga . Anak saya perlu dihantar ke rumh pengasuh namun saya tidak mampu untuk membeli cartseat untuknya . Saya berharap urusan harian saya dapat dipermudahkan. Insya Allah ☺️

Baca lagi

assalaamu'alaikum. saya ternampak posting Ini, saya terasa nak mencuba. Saya punya 3 anak. anak Yang kedua Masih menggunakan carseat. Anak saya yang ke-3 pula baru berumur 7 Hari(Lahir pada 26/10/2021) Selepas Ini saya perlukan 1 lagi carseat untuk menghantar anak ke rumah pengasuh. Namun tak dapat nak berbelanja lebih kerana sangat banyak Komitmen. moga dipermudahkan Kita semua

Baca lagi
TapFluencer

hai semua , walaupun sy lambat mengetahui nya namun sy ingin mencuba nasib ,sy seorg suri rumah sepenuh masa dan tinggal dengan kluarga sy , dan suami sy bekerja pun biasa2 sepanjang kelahiran dy satu bnde pun blum dy dpt termasuk mainan , kerana gaji suami sy hanya cukup mkn utk dy shja , kekadang teringin bwk dy p jlaan2 tp kita takut dy x selesa .dan terima kasih kerana bgy sy luahkan bnde ni

Baca lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..saya seorang suri rumah sepenuh masa..mempunyai 3 orang anak..saya memerlukan car seat untuk anak saya yang berumur 2 tahun pada nov 2021..Anak saya bernama Zarif Rizqi..semoga ada rezeki untuk anak saya..dengan adanya car seat , dia lebih selesa untuk duduk di dalam kereta dan keselamatannya lebih terjamin..terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki..😍😍

Baca lagi
VIP Member

assalamualaikum dan salam sejahtera ... saya amat memerlukan carseat ini memandangkan suami sering bekerja dan membataskan pergerakan saya untuk keluar rumah.. jadi dengan adanya car seat ni.. dapat membantu sya menjaga anak dan membolehkan anak saya berada dalam keadaan yang selamat didalam kereta . anak saya sekarang umur 3 bln.. harap ada rezeki anak saya utk dapat carseat ni.. aamiin

Baca lagi
VIP Member

assalamualaikum semua.sy seorang suri rumah dan mempunyai 5org anak..anak sy berumur 10thun.7tahun.6tahun.5tahun dan 1 tahun.sy memerlukan car seat ini memandangkan sy tk mmpu utk membeli krana suami sy berpendapatan rm200 sbulan sbagai muazzin.oleh sbb itu sy memohon jika ada rezki ank sy utk mendapatkan car seat ini.terima ksh asia parents krn beri peluang utk kami dptkn bantuan ini

Baca lagi

Assalamualaikum semua,saya memerlukan car seat ini untuk my first baby yg akan lahir february,2022. Jika ada rezeki sy untuk dpt carseat ini,disebabkan kekangan kewangan kerana sy melangsungkan perkahwinan pd tahun 2021 dan mndapat rezeki baby juga pada tahun yg sama,oleh itu trdapat beberapa kekangan untuk menyediakan keperluan baby disebabkan bajet yg tidak seberapa 😢😢

Baca lagi

Assalamualaikum.. saya terlihat posting ni.. dan saya rase ingin mencuba nasib.. mana tau ada rezeki untuk anak saya.. anak saya baru umur 10 bulan.. belum mempunyai carseat.. kerana belum berkemampuan untuk membelinye... ini anak pertama saya dan saya tidak bekerja dan suami saya pon kerja xmenentu . mudah mudahan rezeki anak Sya UTK menangi carseat ini . insyaallah..

Baca lagi
TapFluencer

Hi warga tap, saya seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak dan sedang hamil anak ke 4.. Saya diceraikan semasa hamil anak ke 4 ni, saya amat memerlukan carseat kerana untuk memudahkan saya bawa bayi semasa hantar abang dan kakak nya ke sekolah.. Saya tidak mampu untuk membeli carseat sebab saya cuma pengasuh di rumah. Dan semoga rezeki berpihak pada saya.

Baca lagi

haii...saya mengandung anak pertama dan sangat sangat memerlukan car seat..semua barang baby saya kena beli lengkap sebab ini anak pertama..car seat ni saya belum beli lagi sebab kurang mampu...due date saya 29/3/2022...kalau ada yang sudi memberi saya sangat berterima kasih sangat sangat...semoga kalian dipermudahkan rezeki..amin...

Baca lagi