10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
106 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

haii salam sejahtera saya seorang suri rumah.. suami saya kerja sambilan saja.. anak pertama yg berumur 2th 9bln..tak pernah merasa lagi memakai carseat sehingga la nak masuk anak kedua yg kini 34week bakal lahir 15/12/2021..kerana kami tak berapa nak mampu untuk membelinya...sekiranya diberi rezeki Alhamdulillah..🤲❤️❤️

Baca lagi

Kami sebuah keluarga kecil. Anak sulung berusia 1 tahun 9 bulan, masih menggunakan carseat sedia ada. Apr 2022 kami bakal menerima ahli baru. Anak kedua bakal lahir. Sangat beruntung dan berterima kasih ada peluang memenangi sebuah carseat untuk anak yg bakal lahir 💕 di samping dapat membantu mengurangkan kos di situ ♥️

Baca lagi

Salam satu malaysia ! Saya teruja utk menyertai. Saya mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Kakak umur 2 tahun 4 bulan manakala adiknya pula berusia 1 tahun 4 bulan. Saya bercadang untuk membeli car seat untuk anak saya tapi belum cukup bajet. Semoga ada rezeki bagi kedua anak saya ini. Dasha Ranny dan Darissa Sangan.

Baca lagi

Hi semua. Saya inginkan bantuan carseat ini untuk memudahkan saya membawa anak saya menaiki kenderaan. Carseat sekarang memang memerlukan gantian kerana tidak bersesuaian. Buat masa sekarang agak tidak mampu untuk membeli carseat baru. Berharap supaya dapat bantuan carseat ini. Semoga ada rezeki saya. Terima kasih semua.

Baca lagi

assalamualaikum saya suri rumah,suami kerja paktike berlakon kalau ada job baru pendapatan, saya ada anak umur 3 tahun saya memerlukan carseat sebab saya sekarang tenga tunggu kelahiran anak no 2 pada 22/11/2021..semoga ada rezeki untuk anak2 saya.terima kasih kepada crolla berjaya sompo kerana giveaway yg istimewa..amin

Baca lagi

Assalamualaikum dan selamat pentang kepada asia parent,anak saya baru masuk 8bulan memerlukan carseat untuk baby lebih selesa kerana perjalanan untuk pergi ke rumah suami sangat jauh. semoga dengan adanya carseat ini dapat memudahkan lagi dan memberi keselesaan buat anak tercinta. semoga dimurahkan rezeki selalu.aamiin.

Baca lagi

ASSALAMUALAIKUM.. saya nak bantuan car seat untuk anak saya memandangkan saya akan melahirkan anak ke dua pada april 2022. penggunaan car seat amat diperlukan kerana anak pertama saya menggunakan car seat sepenuhnya apabila saya memandu kenderaan. dan anak kedua juga saya akan melatih untuk duduk di atas car seat

Baca lagi

salam ,saya fulltime housewife .. suami bekerja jauh dan kadang saya susah nak pergi klinik kerana tiada carseat ... dan sangt berbahaya untuk bayi 9bulan duduk di seat dewasa ... semasa nak pergi klinik dan beli barang keperluan ... carseat sebelum ini pon dah rosak ....dan tidak dapat dipakai sepenuhnye lagi

Baca lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. saya melihat posting nih terus ingin memcuba..sya bakal melahirkan anak pertama dan masih belum membeli carseat.. bila melihat posting nih.. sya ingin mencuba nasib dan jika sya layak menerima carseat nih.. sya sangt bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih..

Baca lagi

Semoga ada rezeki saya untuk ada car seat. Sebenarnya keperluan car seat ni sangat penting. Tapi tak semua mampu memiliki nya. Ada ja kat pasaran yang murah dan mampu mulik, tapi kurang ciri keselamatan. Semoga ada rezeki saya untuk car seat yang berkualiti dan penuh dengan ciri keselamatan ni ❤️