10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰


Salam sejahtera, saya merupakan seorang ibu kepada 1 org anak yang berusia 4 bulan 30 hari. Suami sy bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sekiranya ada rezeki anak saya utk mendapatkan carseat tersebut sy bersyukur. Sy tau kepentingan carseat dlm menjaga keselamatan anak sy semasa berada dalam kereta tapi ekoran dari keadaan ekonomi sekarang, belum ada rezeki untuk kami menyediakan carseat untuk anak saya. Semoga ada rezeki untuk anak saya . Terima kasih.
Baca lagiHi,Salam sejahtera Saya amat memerlukan car seat ini.Bayi saya berumur 3 bulan..sekarang sekolah telah pun dibuka...saya yang menghantar dan mengambil anak-anak saya...demi keselamatan dan keselesaan bayi adanya seat car ini...dengan ini saya berharap TAP,Berjaya Sompo Insurance dan Crolla dapat membantu saya.😊 Terima kasih TAP,Berjaya Sompo Insurance dan Crolla telah membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki car seat ini....⭐⭐⭐⭐⭐
Baca lagiSalam sejahtera&hai Menarik posting ini Saya mahu mencuba nasib lah Moga ada rezeki saya Saya memerlukan carseat untuk membawa anak ke klinik seorang diri memandangkan suami sibuk memanjanf.. carseat ni penting untuk keselamatan anak2. lagipun dengan keadaan sekarang perbelanjaan pun terbatas dan hanya tertumpu kepada perkara yg penting sahaja.. moga ada rezeki untuk anak saya.. amin kalau tak ada tu mungkin rezeki kepada yg memerlukan lagi.. 😊
Baca lagihai...selamat sejahtera/ assalaamualaikum sy seorg suri umah sy sgt perlukan carseat nie sbb senang utk sy hantar anak² ke sekolah dan ketika kecemasan baby sy berusia 3 bln .Sekiranya x ada rezeki sy taniah kepada yg memiliki. Semoga ada rezeki utk anak sy dan semoga crolla dan berjaya sompo di murahkan lg rezeki utk membantu golongan yg kurang berkemampuan.Terima kasih tak terhingga kerana memberi sy peluang utk cuba nasib kami😘😘😘
Baca lagiassalamualaikum anak saya umo 1thn 7bln belum ada car seat sebab tidak mampu nak beli kena berhenti kerja daripada Mac 2021 hari tu sampai sekarang xkerja memang duduk rumah jaga anak je...suami lakkk kerja gaji tak banyak...sekarang baru saya check pregnant lakk anak ke 2 ... InshaAllah dalam bulan julai next baby come...harap ada rezeki saya untuk anak pertama umur 1tahun 7bulan dan coming soon anak ke 2 bulan Julai.....Aamiin.....
Baca lagiAssalamualaikum, sy mempunyai seorang anak lelaki berusia 1tahun 3bulan, dia sangat lasak. Tambahan saya sedang mengandung 3bulan. Sekiranya saya ingin menghantar anak saya ke pengasuh ia akan menyukarkan kerana anak saya tidak mempunyai car seat yang sesuai, ini kerana terlalu banyak komitmen yang saya perlu selesaikan terlebih dahulu. Diharap rezeki anak saya Adam Yusuff untuk memiliki car set Crolla ini untuk keselesaan beliau.
Baca lagisaya ibu kepada seorang anak berusia 2 tahun 8 bulan yang sangat memerlukan carseat ini kerana disebabkan masalah kewangan keluarga, saya tidak mampu membeli carseat yang selesa buat Anak saya,memandangkan Anak saya kerap kali perlu hadir temujanji di hospital yang jauh dari rumah dan sangat memerlukan kerusi khas kanak-kanak agar keselamatannya ketika perjalanan didalam kereta lebih terjamin ❤️ Semoga ada rezeki si manja saya
Baca lagiAs salam dan slm sejahtera warga tap..sye melihat posting ini..dan saya ingin memcuba nsib..saya mengandung ank no 3 skg..no 2 1 thun 6 bulan..mudah2 an ada rzki ank sye..ank sye bakal lahir pd buln Jun thun hadapan..saya dan suami tidak bekerja..akibat pkp..dan skg hnya meniaga COD makanan dri rumah..mudah2 an ada rzki ank sya yg bakal lahir nnti..terima kasih TAP kerana memberi peluang untk saya dan org lain memcuba..🥰
Baca lagiAssalamulaikum Team Tap yang disayangi. Saya surirumah sepenuh masa mempunyai 2 orang anak berumur 4 dan 3 tahun pd bln november ni. saya memerlukan car seat ni bagi kemudahan menghantar anak saya ke sekolah.Lagipun saya kurang berkemampuan membeli car seat untuk 2 orang sekaligus .semoga ada rezeki untuk anak saya memiliki car seat ini secara percuma. InsyaAllah.amiin yra,,😘 perhatian Team Tap sangatlah dihargai.
Baca lagisaya memerlukan car seat kerana saya mempunyai 3 anak.tapi saya hanya mempunyi 1 carseat anak no 2 masih duduk di carseat.manakala anak no 3 saya saya berusia setahun 9 bulan tidak mempunyi carseat.saya harap saya dapat memenangi carseat supaya anak mo 3 saya ada tempat duduk yang selesa dan tidak perlu berebut dengan anak no 2.kerana saya perlu mememandu kereta dengan tenang untuk hantar anak anak ke sekolah.
Baca lagi