10 Bantuan Car Seat Bulan November Kini Berlangsung!
Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. . Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰


Hai selamat sejahtera , saya housewife . husband sya bkrja dlm smnggu 1 hri cuti kdg2 krja lbh msa mncari rezeki utk kmi . sya bru melahirkan pd 8/9 thn ni . sya teringin nak ada carseat sbb senang nak pergi klinik mudahkan saya sebab saya tak stay dgn fmly . smua sya urus sndri husband pula kdg free kdg busy . kalau lah bayi sya ada rezeki utk dpt carseat ni . sya brsykur sngt2. tp klau tdk brpeluang sy reda sja mngkin blom rezeki bayi sy. smoga kita smua dberikn kshtn n rezeki y melimpah ruah Amin♥️
Baca lagiHai TheAsianParents Adanya saya disini ingin mencuba nasib. Baby saya akan lahir tak lama lagi selepas 6tahun petkahwinan. Kurniaan cahayamata yang telah lama kami tunggu, walaubagaimanapun kami diuji tatkala tempat kerja suami telah menamatkan perkhidmatan semua pekerjanya. Kami ingin berikan yang terbaik untuk bakal baby kami tapi belum berkemampuam untuk membeli carseat walhal saya pula seorang surirumah. Moga ada sedikit rezeki buat baby kami dan dapat meringankan bebanan kami. Terima kasih 😘
Baca lagiAssalamualaikum. Umur baby saya 1 bulan 28 hari, pd hr nie. Saya memerlukan car seat untuk menjaga keselamatannya. Lebih penting, jikalau saya memandu sendiri dan jika saya pegang sekali pun itu tidak berapa menjamin tahap keselamatan baby saya semasa kereta sedang bergerak. Dengan saya memegang dan memangkunya sahaja. Sebab kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku semasa kereta sedang bergerak. Semoga ada rezeki buat baby saya ini. Muhammad Mikhail Raaziqin bin Muhammad Desrial. Aaminn
Baca lagiAssalamualaikum dan selamat sejahtera TheAsianParents 🐥✨ saya baru mendirikan rumah tangga pada bulan 16 Mei 2021 dan akan menimang cahaya mata kembar tak seiras pada akhir bulan February 2022 amin... Alhamdulillah sekarang daa masuk 25 minggu saya perlukan carseat at least satu untuk mereka dan boleh meringakan beban suami saya sebab kami baru berkahwin dan dapat dua terus hahahha dapat mereka pun kira rezeki terbesar bagi kami doakan kami dapat harungi bersama-sama 🐥❤️✨
Baca lagiasalamualaikum..cerita saya ringkas sahaja..dengan izin nya inshallah mungkin rezeki.sy ada 2 orang anak..11 dan 3 tahun..sekarang mangandung anak no 3..sebelum ni memang tak pernh ada car seat,apetah lagi nak membeli..sebab kenderaan kami sebelum ini hanyalah sebiji motosikal..alhmdulilah tahun ini rezeki lebih..suami dapat beli kan kereta,dan dalam msa sama tahun ni rezeki mgndung lagi..untuk beli harga dipasaran tnggi,dalm msa same nak jaga keselamatan anak sy kelak..terima kasih
Baca lagiassalamualaikum Dan selamat SEJAHTERA...Saya betul2 memerlukan carseat anak Pon masih kecil 1 tahun 6 bulan Dan nanti lahir lagi InsyaAllah due 3.2.2022.lagipula selalu kena pergi hospital jauh....kebandar Dan Saya diluar bandar..ingin Kan carseat tapi kewangan blm mengizinkan dgn byk komitmen...seandainya diberikan peluang amatlah Saya berterima kasih dgn pihak penganjur..saya jugak pengguna cukai jalan dari berjaya sompo kerana harganya yang berpatutan...sekian terima kasih
Baca lagiAssalamualaikum dan selAmat pagi kepada asian parent.anak saya baru 8 bulan.ini adalah anak ke dua saya.anak pertama sy telah meninggal dunia tahun lepas disebabkan masalah pada otaknya..jadi saya nak yang terbaik untuk anak kedua saya.alangkah bestnya jika dapat carseat.ianya untuk keselamatan anak saya juga.saya boleh menggunakannya untuk pergi ke klinik dan bawa dia jalan-jalan menaiki kereta dengan selamat kerana nyawa itu berharga tidak dapat dibeli di mana-mana pun.
Baca lagiSalam sejahtera TheAsianParents🌹 Disini saya ingin mencuba nasib.Sya ada seorang Anak umur 2 tahun lebih dan coming soon akan lahir baby newborn. Anak sy ne Payah sangat nak duduk diam dalam kereta,ia adalah sangat berbahaya dan membimbangkan. Tak senang duduk dibuatnya.. Ada niat mahu beli carseat tapi buat masa sekarang tak mampu disebabkan pandemik yg melanda. Moga ada rezeki mendapat bantuan carseat ini. Ringan sikit bebanan yg selama ini difikir fikir😊
Baca lagihi , selamat tengahari . Saya rasa ini lah peluang keemasan untuk saya dan bakal bayi saya untuk mendapatkannya memandangkan bakal bayi ini adalah anak kedua . Jadi saya amat memerlukan car seat ini untuk membantu meringankan beban kewangan en.suami . Lagi pula saya suri rumah sepenuh masa inilah cara untuk saya membalas jasa en.suami . Harap dapat tajaan ini sebagai hadiah buat bakal bayi saya yg bakal dilahirkan pada (27.2.2022) insyaAllah dgn izinNya .
Baca lagiHello everyone.. recently i delivery my second baby in july 2021.. now he is about 3 month… we are using the eldest son car seat for him to use it.. however we found out we are in a way to putting risk on my eldest son as he now sitting in front without seat belt.. the sit belt is not safe for him to use as it always accidentally cut or injured his neck .. end up he dont want to use the seat belt.. I wish i can get it so my eldest son is protected! Thanks
Baca lagi