HOME SICK; HEADACHE & STRESS
Ingatkan zaman gadis je ada home sick. Dah ada anak pun ada home sick. Ceritanya. Sejak pertengahan Shawwal, saya tinggal di rumah mertua sebab teman suami dan bantu ibu mertua (mak) yg discharged daripada hospital akibat patah tulang pinggul dan tak boleh percaya 2 orang adik ipar yg bujang tinggal di rumah mertua tu bantu mak sebab salah seorangnya OKU di bawah pantauan psikitri dan seorang lagi sikap hidup menyendiri buat hal sendiri, tak bergaul dgn sebarangan orang. Mak seorang balu. Semasa saya PMS & dalam tempoh haid, saya hadapi sakit kepala. 2 hari selepas suci haid saya mula stress rasa sakit di tengku yg dah lama saya tak kena. 30 April, saya adukan kepada suami saya stress dan ajak dia keluar riadah. Sebab kesibukan suami menyantuni mak dan urusan lain, tak dapat keluar riadah. Jadi hari-hari selepas tu, saya buat aktiviti di laman rumah, sapu daun di laman rumah, pantau anak dan sepupunya main basikal sambil saya bersenam (bersenam begini tak sampai target 30 minit pun 😅). Tapi masih sakit kepala dan stress di tengkuk. 4/5 suami bawa pergi kolam renang. Tak ke pantai atas request anak sbb mengenangkan nak uruskan mak. Jadi renang dekat dengan rumah. Masa renang, takde stress tapi berenang dgn anak, tak lah me time sangat kan. Lepas renang stress/ sakit kepala juga. Anak mula selsema. 4/5, saya bagitahu suami, pelan nak balik rumah dan jadual saya nak duduk rumah mertua selang 2 minggu macamana kami buat masa jaga mak saya keuzuran. 2 minggu di rumah sendiri, 2 minggu di rumah mertua. Gitu. Suami ambil masa lama berfikir, saya tambah: kalau suami tak nak tidur rumah kami pun tak pe. Tapi setiap selepas balik kerja, balik rumah jumpa kami, makan malam. Lepas maghrib pergi ke rumah mak. Suami OK. Saya kata saya bertahan hingga sebulan di rumah mertua iaitu 15/5. Lepas tu saya nak balik rumah. Cuma nak fikirkan apa alasan nak balik rumah bila nak cakap ke mertua. 😅 Alasan paling OK jaga hati sendiri dan mertua: rindu rumah 😄 5/5, anak masih selsema, kali ni meleleh dari pagi hingga petang. Ingatkan nak balik rumah ambil supplement vitamin C dan nasal spray, fikirkan tak nak jangkitan selsema dgn sepupu anak dan tak nak peningkan biras dan ipar, baik saya dan anak yg balik rumah untuk elakkan mudarat di rumah mertua. Saya mesej suami berkenaan hal ni. Suami OK. Saya bagitau mak dan ipar. Mereka OK. Alhamdulillah syukur. Lepas buka puasa, balik rumah. Riangnya... Home sweet home. Anak pun beria masuk rumah dulu. Ha ha. 6/5 Masya Allah, tiada lgi sakit kepala dan stress di tengkuk. Petang tu suami balik, saya bagitau hal tu. Suami pandang saya senyum je. Ha ha. Ini bukan main-main sakit kepala / tengkuk ya. Ini home sick! Masa saya putuskan nak bantu mertua dan teman suami di rumah mertua asalnya saya nak duduk rumah mertua seminggu je. Sebab tak percaya ipar-ipar bantu dengan baik dan kasihankan ipar yg lagi seorang bantu dan buat kerja rumah ; basuh kain, masak, mengemas, saya putuskan sambung lagi duduk rumah mertua hingga saya bertahan. SubhanaLlah, apa yg saya amalkan paling lama duduk rumah mertua / rumah mak sendiri dlm tempoh max. 2 minggu je masih terpakai hingga kini selama tempoh perkahwinan kami. Lebih drpd tu stress! Home sick wehhhh... Just sharing my home sick story. 😀




seorang ibu ❣️