22 Balas

saya 23w. Semalam saya hampir pitam. tapi saya tak rasa lapar atau dahaga. jadi saya teruskan puasa. selepas waktu berbuka, bayi saya kurang aktif bergerak. hanya gerakan halus je. saya baru tahu, kalau tak larat dari segi tenaga juga tak digalakkan berpuasa. saya ingat cuma lapar dan dahaga je. hari kedua saya tak puasa sebab risau bayi saya tak gerak. saya mula risau dan suami tak bagi saya puasa. dia kata, puasa boleh ganti. anak tiada ganti. lagipun ni anak pertama kami. saya pun tiada pengalaman dan saya tak berani ambil risiko. saya sayang bayi saya

Consult dengan Dr/ nurse dulu samada boleh puasa atau tak. Kalau nurse kata boleh puasa. Better puasa. TAPI if anything happen masa puasa, better buka takut membahayakan kesihatan. Yang penting kita cuba. Hanya Dr/nurse sahaja boleh kata samada kita perlu puasa ke tak-kalau tak perlu, then baru tak perlu puasa langsung. Kalau buat andaian sendiri tanpa consult Dr/nurse, jangan main2 hukum2 ni. Sebab dia masih pensyariatan yang wajib ke atas muslim melainkan mendapat kebenaran dari mereka yang pakar.

Better don’t. You may replace it later. Take care of yr health and baby first. Bagi dia makan minum cukup. InsyaAllah Allah permudahkan urusan ibu2 mengandung seperti kita semua ini. Puasa dapat pahala tapi kita yang hamil ne pun still dapat pahala sebab berjuang/berjihad meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Semoga urusan you dipermudahkan 🤗

VIP Member

Depends pada diri you sendiri Dear. Kalau tak larat, tak payah sebab kesian kat bayi nanti. Macam I, I sekarang 27 weeks. I try puasa semalam until tengahari I start sakit kepala terus sakit perut. And one whole day sampai petang i kurang rasa baby gerak. So i terus berbuka je. Harini pun I tak puasa, mak and husband I kata tak payah.

samalah sya...24 weeks...smalam Alhamdulillah smpi ke ptg.Arini kol 12 pale dh start pening,mulut rasa mual n perut ase lapar sgt smpi xleh than.Solution dia mmg kna berbukalh.Dari memudaratkn diri sndri especially our baby...

Hari pertama dan kedua try puasa tp pkl 11 dah gagal bila start muntah2. Hari ni pkl 3 masih ok. Jumpe doc msa 1st day puasa, doc suruh makan oat dan kurangkan nasi. So try sahur dgn oat, madu dan kurma. Alhamdulillah hari ni masih kekal bertenaga. Loya pun xde. Harap2 berjaya puasa hr ni. 😘

saya 2 Hari dah x puasa wlpn dah cuba utk puasa. pukol 9 dah lapa. sama baru 10 minggu, sy xnk paksa diri utk puasa. puasa blh ganti ,anak x blh. sy pernah keguguran masa puasa thn sblmnya. kalau Syg diri n anak. jgn paksa ye sis.

Sy baru 12 minggu. Dlm fasa morning sickness gak. Since kalau x puasa, sy mkn sikit je n muntah blk, selera mmg ke laut.. Sy decide utk puasa. Alhamdulillah, 3hari puasa, 3hari dh x muntah. Lain org, lain ketahanan die. Klo xlarat jgn paksa diri..

saya hari pertama alhamdulillah dpt puasa penuh. masuk hari kedua dah X larat.. kul 4 berbuka juga sbb muntah2 Dan sakit perut. Hari ketiga pun terpksa berbuka juga kul 4 sbb pening, pastu tangan kaki sejuk Dan berpeluh2. kandungan saya dah 13w.

same with me...10w5d.. try jugak.. x mampu dlm kul 10 tu mata dah berpinau..pening..kaki n bdan dah menggeletar..so, berbuka...n x puasa... yg pasti jgn dngar ckp org yg boleh memudaratkam kita.. kita lg tahu diri kita..

Sama dgn saya 10w6d pregnant. Saya try juga puasa tp lepas beberapa jam kepala pening sgt lepastu perut angin terus rasa nak muntah. Akhirnya, saya berbuka je. Bila dah pening tu mmg tak larat.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan