Hb low + gdm

Hi ibu2..mcm mna nk naikkan hb ya, dlm msa yg sma kna kwal pmknan jgk sbb gula drh tggi pla msa preg ni😅 #seriusnanya

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hb saya memang tak pernah low even Tak pregnant pun . Tapi masa last last 3mester tu , hb turun sikit tapi masih dalam kawasan yang memuaskan . Sebab 12.1 . Masa buka buku hb saya 14. So nurse risau hb saya makin lama makin turun . Untuk saya kawal hb saya , saya kerap makan sayur peria goreng . ☺️ Dulu saya pun suspek gdm . Tapi tak sempat nak check kali ke dua saya kena covid . Duduk rumah hampir sebulan . Check kk tinggal masa nak meletup jaa . Tapi saya kawal juga pemakanan saya . Macam potion nasi tu saya ambil 1 senduk je selebihnya ambil banyak protein. Saya jarang minum air manis manis . Kalau teringin sangat saya buat tanpa gula . Kadang saya pakai gula pak mertua saya , gula orang kencing manis 😂 makan nasi pun kadang pakai beras perang 😭 tapi tu lah lapar dia tak boleh bawak bincang 😮‍💨 pregnant yang ke dua ni saya macam macam teringin nak makan, tapi tu lah . Kena kawal juga takut ada sangkut gdm 🥲

Baca lagi

utk gdm saya makan mcam biasa, sebab kalau makan sikit jadi hypo. cuma lebihkan sayur dari nasi. makan sayur hijau, ulam2. air manis jarang2, kalau makan atau minum manis sya akan pastikan sya balas dengan minum air masak bnyak2. Sya pernah hb low skali. utk hb, ade misi ajar saya makan ubat pagi2 waktu subuh. makan ubat dengan air limau. misi kata penyerapan ubat tu lebih menyeluruh. sya makan ubat dengan air limau nipis tanpa gula. lepas dri tu hb sya terus ok and maintain. jangan skip ubat yg dokter bgi. pati delima jngan minum, sebab gdm. nnti gula naik walaupun bagus utk hb low.

Baca lagi
TapFluencer

Seeloknya ambil ubat tambah darah pagi2(waktu subuh) 2 jam sebelum makan tapi sebab sekarang bulan ramadhan saya ambik betul2 sebelum tidur and pastikan jarak masa 2 jam selepas makan, saya ada baca untuk hb low elok consume susu kambing tapi carilah susu kambing tanpa gula tambahan, adik saya time pregnant dulu pun consume susu kambing sebab hb low

Baca lagi
1y ago

Saya minum brand wannik biolife tu, adik saya minum brand lazz yg original punya

cuba makan real foods, elakkan ambil pati delima atau apa apa minuman utk naikkan hb takut ada kandungan gula tinggi. saya dh cuba amal makan jambu batu & buah orange navel buat snacking. dan lagi 1 saya minum susu kambing hi goat & HL fresh milk, susu ibu mengandung saya tak minum. setakat ni hb maintain cantik bacaan

Baca lagi

Kalau mkan ubat tambah darah,, depend ubat juga. Sy Mkn Iberet 2 bulan,, xda perubahan 10.6 kebawah pernah 9.7 tp ni sbb kehabisan ubt😅 so sy ambil iron ja utk ganti slma 2 hari. Skrg makan maltofer alhamdulillah 2 minggu mkn td cek dah naik 11..syukur alhamdulillah wpun cukup2 makan ja tp ok lah di fasa yg selamat.

Baca lagi

Makan obimin / any suplemen tambah darah yang dr bagi dengan vit c or air oren without gula. serious menjadi, hb saya dari 11.4 terus naik 12.7. Nurse pun terkejut sebab berat badan saya turun 3kg and selera makan tak ada. Tapi setiap kali makan ubat ikut tips pharmacist bagi

Sis cr buah delima. Makan jambu batu. Kalo boleh xyah asam² tu. Lps tu makan coklat. Hahaha. Nmpk mcm x logik suh makan coklat. Tp sy try n error byk benda sambil mkn ubat zincofer tu. Tp coklat tu jgn byk la. Kang risau sangkut kencing manis lak. Sy makan kit kat seminggu sekali

1y ago

Coklat boleh low kan HB. Sbb ada kafein. Coklat, kopi, teh. Adik beradik tu kena elakkan. Saya pun BP low + GDM pulak. Berat tak naik2 since 3 bulan. Nurse dah tanya2 "awak ada muntah lagi ke?" "awak tak makan ke?". Kita pun dah tak tahu nak makan gaya makan. Kalau follow dietitian tu honestly memang tak kenyang. Rasa macam alas perut je. Tapi nak buat macam mana. Redha je la. Jaga je la mana yang boleh. Air manis memang tak ambik. Awal2 hari tu ada ambil insulin, sekarang doktor dah off kan sebab kerap hypo. Poning den.

Sy 30w bru kne gdm on diet.. Tak sure asbab minum pati delima atau tak, tp last time hb sy drop 10.4, sy minum pati delima 2mggu naik jadi 10.8.. Bila dh tau sangkut gdm, stop minum terus hb jd 9.8.. Nak elak hb low, alih2 gdm.. Nasib la dh 30w..

1y ago

Itula, silap diri sdiri, sbb ramai bg tips utk hb low minum jus delima, tau2 lain yg dpt, dpt gdm 😢

sy sblm ni mkn zincofer tp makin lama makin turun.. mkn dgn gulsan la sunquick la tp tetap drop. last sy tukar to iberet.. dr 10.1 to 11.2 now.. sy gdm on diet so apa je mknan bgula sy kurgkan.. lebihkan minum air kosong je

gdm..kena mkn ckit2.. bykkn sayur n protein..mkan ckit tpi kerap kali .. insyaallah berat x naik mdadak .. hb low..biasa sy mkn hati ayam..daging..hati lembu.kerang ..bykkn syur hijau.. Alhamdulillah 10 jadi naik 13..