Minum air gula

Hi ibu2 semua.. semalam result minum air gula betul2 atas pagar. Doktor request kena minum lagi sekali next week ?. Ada petua tak nak bagi lulus..

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ini cara saya, kalau nk buat silakan kalau xnak pun xpe sbb sy buat masa mengandung keempat2 ank cara ni mmg berhasil. Seminggu sebelum kena minum air gula saya da kurangkan makan nasi. Kenapa nasi? Sebab nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah. Cuba kurangkan pengambilan nasi hanya sekali sehari dengan jumlah yang sedikit iaitu segenggam tangan. Sesekali boleh menggantikan nasi selang sehari dengan roti mil penuh, pasta mil penuh atau capati. Selain nasi, saya juga dah tak minum minuman manis dalam tempoh seminggu sebelum kena minum air gula. Saya hanya minum 2.5-3 liter air kosong setiap hari. Namun begitu, bagi sesetengah org xlalu atau air kosong menyebabkan rasa loya termasuklah saya. Jadi, apa yg saya buat, saya gunakan potongan buah-buahan untuk menambah perisa pada air seperti hirisan strawberi, epal, kurma, lemon atau oren sunkist dan boleh juga menggunakan daun pudina untuk rasa yang menyegarkan. Rendam potongan buah pilihan tadi dalam bekas yang diisi air masak dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Bolehla cuba tips ni. Result sblm minum 3.9 dan 2 jam lps minum 4.6. Jadi saya lulus ujian air gula and tak payah minum kali kedua.

Baca lagi
5y ago

Haah sis..sy minum masa 25w sekali tu jela..mgkn sejarah prgnt sblm2 ni pun mmg xde sangkut kncing manis. Sbb tu sy kata apa yg sy buat tu berkesan kat saya selama pengalaman mengandungkan 4 anak. Tapi saya tak tau kalau cara saya xberkesan kat org lain. Tp mmg saya disiplin betul2 cut semua gula. Kalau ada pun dari buah2 je. Alhamdulillah..

Wat jus apple campur peria katak.. 1 biji apple hijau+3 hiris peria katak+setengah cawan air... jangan letak gula.. Amal 3 Hari sebelum minum air gula. Seminggu sebelum tu..jgn minum air manis langsung.. roti amik yg wholegrain.. nasi mkn sikit saja..sayur mkn byk.

Baca lagi

2 minggu b4 minum air gula, sy kurangkan minum air manis. Minum jugak tp limit. And sy puasa at 8.30pm. Nusrse pesan at 10 kan kena puasa, tp sy start awal. And my mil suruh minum air kelapa (tanpa gula) malam b4 minum air gula tu.

Buat air lemon suam. Squeez juice lemon sahaja jgn rendam skli dgn kulit supaya nnt air tu masam & tak pahit. Lemon bagus utk kawal gula dlm darah & jugak bantu kurangkan bengkak kaki

Sy dh kena kencing manis. Jadi sy mmg amalkan minum air kosong shj dan nasi beras basmathi. Lpas tu kencing manis sy x de dah dan berat badan sy sbulan x naik. Huhu.

Ade yg bg tips smnggu sblm mgu air gule mnum air barli ksong suam stiap hari.. Tp sy bru thu n xpntang apa pun, result xnrmal. Lbih huhu. Redha je buat bsp skrg

amalkan minum jus delima...insyaAllah ok. sbb itu yg sy amalkan...alhamdulillah stakat ni dah 32weeks check up ok...xde apa masalah...

Bila doktor bgitau result mgtt tu ye? Saya kena mnum air gula mgu lpas. Tpi doktor atau nurse takde bgitau result pape lgi. Risau pulak.

5y ago

Kalau sangkut nurse akan call dalam 3-5 hari bekerja. Tp kalai smua ok nnt next checkup bru dia bgtau result.

Sy pun hampir border .. tapi nurse kata okay cuma jaga jaga jgn minum banyak manis .. 7bulan nanti kena minum lagi .

5y ago

Huhuhu . Sabo jela kan .. tak larat tu nk tahan dari muntah .. asyik lah telan air liur 😌

Hi mommy.minum air putih.3 ari sbelum slow kn air manis.durian tggi gula smggu nk minum air gula jgn mkn..keh2