Pjj & risau & sedih

Hi ibu2 semua, saya first time mom dan due 24/7 ni.. saya pjj dengan husband. Husband sepatutnya demob hujung bulan ni, tp last minit tukar ke 8/7.. saya risau sekiranya saya beranak sebelum husband balik.. lagi2 saya tinggal sendiri, saya kurang support from family , ibu saya jenis tdk ambil kisah. Kadang sedih dengan diri sendiri, kwn2 lain beranak semua ibu2 mereka offer diri utk jaga sedangkan saya ibu awal2 bagitau tdk mau jaga.. ibu saya masih muda dan sihat.. terkilan sangat. Risau pantang nnti saya sendiri dengan tdk tau buat apa2..

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

InshaAllah u can do it mommy!😊 Saya bersalin si kakak waktu pkp tgh ketat sgt, mak saya ada tapi dengan tak boleh merentas negeri tambahan dia kurang sihat jadi nya memang tak boleh jaga waktu pantang. Mak mentua jauh nun di selatan pun tak boleh merentas negeri waktu tu. Dengan prosedur kat wad ketat walaupun husband ada tapi dia cuma boleh hantar masa register dengan ambil masa discaj je. Jadi semua pun urus sendiri masa kat wad. Pantang saya ambil CL sebab baby pertama takde pengalaman langsung berpantang and urus baby. Baby pulak prolongod jaundice for 58 days, 30 days in NICU ulang alik bfeed dia. Tak masuk kes berak berdarah lagi. Walaupun kadang2 masa tu ada terfikir rasa sedih, mental breakdown sebab semua kena urus sendiri, takde orang yang ambil berat tapi bila fikir pasal anak terus lupa semua tu. Saya kena kuat. Sekarang bila fikir balik Im proud of myself sebab can go through semua tu. Alhamdulillah Saya doakan semua ibu2 kuat dan dipermudahkan urusan sepanjang pregnant, melahirkan dan berpantang ok🤲🏻

Baca lagi