CHECK UP KK - 29/3/2021

Hi ibu2... Isnin minggu depan saya akan check up pertama kali.. apa document yang diperlukan..Serta apa persediaan semasa awal cek kehamilan di klinik kesihatan?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

KK sy..bw salinan sijil nikah,salinan ic, result or scan +ve kalau ada, salinan bil(standby je, tp nurse sy takda minta pon), and husband sbolehnya kena ada skali sbb nk buat ujian hiv test juga. And make sure standby air mineral. Nnt nk jumpa doc utk scan lg senang nampak bila bladder mcm dh penuh. Mungkin lain KK, lain prosedurnya. Apa2 nnt dkt kaunter tny juga nurse btugas tu okay 😘

Baca lagi

bawak sijil nikah, i/c n bil tnb utk tujuan pendaftaran kali pertama buka buku.. biasa kali pertama nurse akan ambil detail kita check perut, breast, berat n tinggi. n nurse akan ambil sampel darah, air kencing n buat hiv test suami isteri lepas tu jumpa doktor utk scan nak confirm pregnancy..

Dekat tempat saya nak sijil nikah, ic suami and isteri dengan bil air or elektrik sebab dia nak tengok kita stay dekat kawasan yang berdekatan dekat klinik ke tak. Sebab klinik hanya akan ambil berdekatan dengan rumah dan dalam kawasan dia.

Makan dulu awak sbb lambat menungu perut lapar. Dokumen kad nikah. Ic yg tu je la. Mnum air byk2 sbb nti pg tu kena cek kencing dulu. Pas tu amek drh. Lepas tu tgu nurse pgl. Lepas tu tunggu jumpa doc pulak. Eh spare makanan byk2 la heheheh

klinik sy pgi perlu bawak kad kwin. kalau ada sejarah gugur kena bgthu. sy dlu first gugur 3 bulan, sy bawak buku lama. bawak air mknan ringan sbb dkt klinik lama ya amat berjam jam🤣. tarikh last period jgn lupa.. pastu nnti terus scan.

3y ago

yup half day. mintak time slip

fotostat ic sis dgn husb, fotostat surat nikah atau kad nikah dgn gmbr sis and husb. semua 2 keping

Kk tmpat sy x mintak apa2 document pun.. Trus isi details kt buku pink..

sijil nikah fotostet, bwakkan skli ic fotostet suami isteri jugak

dkat kk sy bwk buku pink sblom ni and copy ic mommy and daddy je