Tantrum, meltdown, mengamuk

Ibu2 boleh tolong tak, kesabaran saya makin lama makin menipis sangat melayan anak sulung yg umur 3 tahun 8 bulan skrg, perangai makin menjadi lepas sy bersalin bulan lepas. Dia punya mengamuk selagi tk dapat apa dia nak melampau lampau sampai saya rasa nak hempuk je dia. Dia memang susah sangat nk tido siang, penat mcm mana sekali pun, malam pulak nk main juga dah pukul 10 lebih, kadang 11 bru tido, esoknya sekolah. Kalau weekend tido pukul 12 pukul 6 pagi dh bngun, sblm botol susu dia hilang 2 3 kali bngun malam nk susu nk susu. siang tak akan tido buat mcm mana sekalipun, sy fed up tau tak, tengah pantang bukan penat jaga baby, penat sebab dia. Sbb org sekeliling mcm nenek, ayah dia, adik beradik saya manjakan dia sbb dia cucu sulung sblm ni, apa dia nak semua dapat. Ikut je apa dia nak, tngk skrg dh jd mcm ni. Bila dia tk cukup tido satu hal jadi mengamuk penat mcm ni. Tolong ibu bg semangat kat saya, share pengalaman ke, share tips nak handle anak macam ni ke, saya lost temper sangat2 dah setiap kali dia buat perangai, saya tak mampu nk jadi ibu yang boleh cakap lembut2 dah. Saya penattt 😭😭😭😭 #pleasehelp #advicepls

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya tahu awak penat. saya tahu juga awak mommy yg hebat. kalau boleh masa dlm pntg ni kalau awak tak larat sgt minta tlg husband utk bantu awak. tapi mmg dia nk kn perhatian awak. dgn cara itu je dia boleh dptkan perhatian awak. 3tahun tempoh yg lama dia sorg2. tiba2 muncul adik. dia jadi insecure. sy lg la pregnant jarak dkt. masa 1st baby setahun 2bulan sy pregnant 2nd. skrg yg 1st baby tu dh 2tahun++ dan adik dia 6bulan++. 22 jenis nk perhatian. tp alhamdulillah si adik jenis tak de la meragam teruk. yg sulung pula sgt manja. dan sy pjj dgn husband. sy handle both of them sorg😊

Baca lagi

maaf tau, saya takda pengalaman lagi. tapi bila baca luahan awak, saya harap awak still sabar . maybe sbb dia dpt adik, so perangai dia mcm tuh, nak perhatian mama dia ke. kalau awak tak okay, awak minta tolong husband or family . time mcm ni jgn handle sorg, awak tgh pantang, emosi pun tak stabil, dgn sakit lagi. risau juga kalau biar lama2x. tambah nak handle anak mcm tuh. minta tolong org terdekat okay, luah dkt diorg . apa pun, semoga awak terus kuat & sabar . ❤ .

Baca lagi