perancang keluarga

Ibu2 blh x suggest perancang kluarga mna yg ibu2 pilih & lbih slmat utk kita & bby ? Mohon share experience ibu2 semua ,?

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera buat puan. Untuk makluman puan, terdapat pelbagai jenis kaedah perancang yang terdapat di pasaran. Setiap kaedah ini mempunyai kelemahan dan kebaikan tersendiri. Saya kongsikan jenis-jenis kaedah perancang yang boleh puan dapati serta kelemahan dan kebaikannya secara ringkas. Pil perancang kehamilan: Terdapat dalam dua jenis iaitu jenis kombinasi dan progesterone sahaja. Kedua-dua jenis pil perancang mengandungi hormon dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kitaran haid yang tidak teratur, pendarahan antara haid atau pendarahan berpanjangan. Pil perancang jenis kombinasi boleh menyebabkan peningkatan berat badan dalam sesetangah wanita. Pil ini adalah kaedah yang paling murah dan mudah didapati, namun disebabkan ia perlu diambil setiap hari sesetengah wanita mudah terlupa dan menyebabkan keberkesanannya berkurangan. Perancang jenis suntikan: Perancang kehamilan jenis suntikan adalah suntikan hormon progesterone ke dalam otot (Intramuscular) untuk mencegah kehamilan. Seperti pengambilan pil jenis progesteron sahaja, suntikan ini juga boleh memberikan kesan sampingan terhadap kitaran haid seseorang. Suntikan ini biasanya diambil setiap 3 bulan sekali. Perancang kehamilan secara implan: Perancangan keluarga secara implan mengandungi hormon yang sama seperti suntikan. Perbezaannya, implan bersaiz kecil yang mengandungi hormon ini dipasang di bawah kulit dan boleh bertahan sehingga 3 tahun. Intra Uterine Device (IUD) - Alat pencegah kehamilan di dalam rahim: Kaedah terakhir adalah alat IUD iaitu pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahaim. Terdapat 2 jenis alat IUD iaitu yag mengandungi kuprum dan yang mengandungi hormon. Kebaikan alat IUD adalah ia boleh bertahan sehingga bertahun-tahun. Alat ini juga kurang menyebabkan kesan sampingan secara sistemik. Namun IUD jenis kumprum boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak. Saya berharap keterangan yang saya berikan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan tentang jenis-jenis perancang kehamilan yang boleh puan dapati. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

wahhh terima kasih sis . info yg sangat baik😊