Cara turunkan kuning baby dah 30 hari

Ibu2 bantu saya cara2 untuk turunkan kuning. Usia baby dah 30 hari tapi tak turun kuning jugak. Macam2 dah saya buat. Baby pon dah masuk nicu duduk lampu biru 2 hari. Kuning turun time masuk nicu tu tapi lepas balik rumah terus naik balik. Sekarang berapa kali dah amek darah untuk check thyroid & hati. Air kencing pon dah amek. Semua normal. Saya dah try hampir semua petua yang saya google & orang2 bagi tau tapi tak turun jugak. Cara yang dah pernah try saya buang semua barang2 warna kuning, mandikan 2x sehari, dah mandikan dengan air daun kucai, dah mandi air teh uncang, dah mandi air sirap, dah mandi air teh herba dan dah mandi air bawang kecil. Saya dah minum susu kambing. Saya makan nasi putih, sayur rebus & ikan bilis je sekarang ni. Saya dah try mix susu formula. Saya dah tak tutup lampu time tido malam. Baby memang kuat susu & berak. Sekarang ni saya fully direct breastfeeding tapi kuning tak turun jugak. Bacaan kuning tetap 10. Sekarang klinik nak bacaan 5 jugak. Boleh tak ibu2 cadangkan cara lain selain dari yang saya dah pernah try. Saya dah buntu. Stress pon ye sebab saya sendiri drive pegi klinik & hospital untuk check up semua. Jahitan episiotomy 2nd degree pulak. Dah 30 hari pon tak elok lagi luka ni. Sebab memang dah rupa tak pantang 😢😭 #advicepls #1stimemom #firstbaby #ingintahu #firstimemom

36 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya baru lepas jumpa doc, ni tips yg dia share pada saya mgkn blh membantu sbb saya pun alhamdulillah lihat perubahan pd anak..insha allah, 1) Beri air suam utk minum, campur dgn glukosa vitamin D tanpa flavor, jgn terlalu manis. Dlm 1-2 ounce sehari cukup. Ibu pun blh minum dan menyusu. 2) Matahari pagi pertama itu blh bg anak jemur tp dgn syarat ikat matanye supaya tak pandang, jika pandang tak elok utk vision. Jd ada cara jemur dlm 5-10 minut je utk hangat kit. 3) Jgn mandikan dgn herba / maupun herba cina sbb utk bayi tak sesuai utk budak yg berumur itu blh. 4) Jgn mkn oren ibu dan jgn minum minuman bergas atau sejuk buat seketika. 5) Ibu perlu minum air kerap dan banyak utk menyusu sentiasa. 6) Blh berjumpa dgn family doc utk tips. Baby jaundice akan kerap tidur jd perlu ibu paksa utk menyusu yer sekerap yg mgkn. 🤲 insha allah akan sembuh tabah yer

Baca lagi

tenang ibu jgn stress2. anak sy pon masa hari 20 bacaan 169= 10 kot. tp doc cakap xperlu dtg 2hari skali. dtg je minggu depan terus. sy bg minum susu bdn mcm biasa. campur susu kambing karihome pon dlm sekali meal saja. mandi kucai / herba kuning tu mmg xbuat dh sbb smua pon dh habis. lgpon sbb sy darah O so kuning lama ni normal saja. next weeknya check turun ke 89=6. result darah ntuk check fungsi hati pon normal. so doc kata xpa kira discharge. sbb kuning lama2 mmg akan turun. lambat atau cepat saja. sbb tu ada baby yg dikira prolong jaundice wlaupon smua result darah, urine normal. so ibu jgn stress2 since smua result normal kan...lama2 nnt turun la tu kuning baby

Baca lagi

baby sya pun prolong jaundis , genap sebulan bru ok. masih ada kuning tp dh low . sya x guna apa2 petua utk mandikan, bgi baby mcm2 etc.. sya hya bf spt biasa . kejutkan baby setiap 1jam utk menyusu. lps ambik darah dr tangan , bacaan normal. xda mslh pun cuma kuning saja lmbt turun. cukup baik bg sya sbb ank aktif spt biasa, menyusu pun ok, berak kencing ok.. x perlu risau sgt smpi tahap stress . ibu2 jg perlu jaga kesihatan mental dan fizikal . teruskan saja penyusuan spt biasa . happy mom , happy baby , happy life .

Baca lagi

Teruskan berusaha. Susu badan & top-up susu formula jika susu badan tak cukup. Struggle time dia kuning/newborn je lebih. Setiap 2 jam pastikan bayi menyusu. Kencing & berak kuning. Mungkin faktor bayi kuning dsbbkn pemakanan kita & pasangan semasa trying to conceive & semasa mengandungkan bayi menyebabkan bayi kuning g lambat turun selain faktor group blood. Manusia kan dpt penyakit berpunca drp makanan. Mungkin selepas ini kita kena betul-betul jaga pemakanan. Mencegah kan lebih baik drp merawat.

Baca lagi

Macam saya dulu anak prolonged jaundice juga. Hampir 2 bulan kuning. Awal2 memang tinggi sangat bacaan kuning. Taktau nak buat apa macam2 dah cuba. Last2 ada kawan mak suruh try bagi baby susu lactogen. Try bagi, Alhamdulillah 2 hari minum dah nampak perubahan. Turun mendadak bacaan kuning sampai dah tak payah check 2 hari sekali ☺️ sebab bila minum lactogen tu dia asek laa berak 😅 ada recommend kat beberapa orang yang anak jaundice pun menjadi juga. 😊

Baca lagi

kdg2 fully bf blh sbbkn kuning naik juga,mcm kak ipar sy seblum ni fully bf tp sbb kuning makin naik dia try bagi susu fm,baru turun,sy pula mix bf dgn susu fm sbb susu badan tak banyk,mula2 bg lactogen tp kuning tak turun banyak,tukar ke frisolac Ar comfort baru banyak turun,sy bukan nak kata fully bf tak baik tau,kita usaha saja dulu,cuba bagi susu fm saja tnpa mix dgn susu badan dlu

Baca lagi

Cuba sis pakaian baby dgn color merah then longgarkan termasuk bedung ketika dirumah atau waktu amik darah . Kalau boleh buka , biarkan . Baby ni kdg faktor panas pun punca kuning tanak turun masa amik darah tu . Cuba sis bagi mandian air garam biasa boleh , atau garam yg untuk perubatan nama Garam Mandian Sakinah . Saya campur dgn air sirap . Sesuai juga untuk elakkan gangguan .

Baca lagi

Puan ada cuba minum air rendaman halwa kundur? Petua ni saya dapat dari dalam forum ni juga. Saya cuba petua ni alhamdulillah berkesan untuk baby saya. Tapi baby saya bukan prolonged jaundice. Cuba puan minum air rendaman halwa kundur tu. Kalau sesuai dengan puan dan baby mungkin bacaan kuning boleh turun. Puan minum airnya dan kemudian susukan baby.

Baca lagi

Saya dlu pun anak macam sis, macam2 petua semua buat, trun KK sampai sebulan smpai luka jahitan ada daging terkeluar. Tapi kuning anak tetap xnak turun. Last2 nurse KD suggest bg susu lactogen n simpan susu badan saya dlu untuk seminggu. Alhamdulilah anak turun kuning. Lepas dia masuk 2 bulan, da stabil semua ok, back BF. Jamu segala bagai mmg saya xmkn.

Baca lagi
TapFluencer

sis dh try mkn anggur hitam seedless dan titikkn air anggur sedikit kt bby saya buat masa duk dlm nicu alhamdulillah menjadi dari nk kena tukar darah dpt balik rumah dan lepas tu saya google klinik2 yg ada jual ubat utk turunkn kuning anak alhamdulillah berjaya.kesemua ank2 saya memang perlong jaundice dan hampir kena tukar darah.

Baca lagi