Wanita Inspirasi Anda

Hi Ibu semua! Hari Wanita semakin hampir. Mari kita sambut dengan penuh semangat! ?? Beberapa orang yang BERTUAH dengan cerita yang MENARIK akan tampil sebagai #tApWanitaBesi kami pada artikel Hari Wanita di website theAsianparent. Apa yang anda perlu lakukan adalah: 1. Ceritakan tentang wanita inspirasi di dalam hidup anda 2. Kongsikan kepada kami bagaimana dia beri inspirasi buat anda Adalah lebih baik jika sertakan sekali gambar wanita inspirasi anda. Jangan lupa gunakan #tApWanitaBesi di dalam teks anda!

Wanita Inspirasi Anda
5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Bismillahhirrahmanirrahim... Assalammualaikum Dan Hai semua.Hope semua sentiasa sihat..harini.saya ingin kongsikan cerita wanita inspirasi saya.. Wanita inspirasi saya tak lain Dan tak bukan adalah mak sya yang melahirkan,membesarkan Dan menyayangi saya sepenuh hatii Mak saya dilahirkan pada 14 Julai Dan tahun ni genap umur mak sya 50 thun..pejam celik..tapi kasih Sayang mk saya pada saya tak pernah berubah..wlaupun saya Dah berumahtangga.. Cerita inspirasi INI bermula apabila mak saya di beri ujian..bercerai dengan abh saya pada umur saya 7 tahun Dan puncanya adalah dsebabkan pinjaman along.. Mak saya terpksa hdapi ancaman Dari along sperti ketukan pintu secara kasar..Dan melindungi saya Dan adik brdik saya yg lain..Dan yang paling saya ingati..bila mak saya tk pernah mngajr kami adik bradik utk bnci pada abah kami sendiri Seterusnya,mak ambik kptusan utk lari Dari rumh dengan mmbawa kami until tggal bersma opah Dan tokwan di kmpung..Ketika ITU mak saya dalam proses penceraian..abah saya hilang ketika ITU..mak membesarkan kami dgan tulang 4 kerat dengan Kerja pengasuh di taska politeknik..bila di ingatkan balik mngalir air mata saya sebab wanita inspirasi saya sekuat INI membesarkan 3 anak permpuan yang masing2 sedang sekolah Dan belajar di Politeknik.. Mak saya tak pernah mengeluh,Dan yang pling saya sedih bila status mak saya menjadi janda..keluarga sendiri Ade yang menghina dan mempercayai kata org luar bulat2... Selepas ITU,bila umur saya meningkat mak saya diberi jdoh...jdoh yang lebih berusia Dan bagi saya jodoh mak saya jodoh yang baik...ayh tiri saya seorg ayah yang baik Dan boleh saya anggp seperti bapa kandung sendiri..sblum ingin bernikah ayah tiri saya berjumpa Dan berbincang dengan tokwan saya..tokwan saya abah kepada mak saya memberi keizinan Dan tokwan saya yang menetapkan tarikh.. Sekali lagi mk saya dberi ujian,apabila tokwan saya meninggal 3 hari sebelum tarikh pernikahan mak saya...dsbbkan serangan jantung secara tiba2..ITU adalah ujian Yang besar but mak saya memandangkan mak saya rapat dengan arwah tokwan... Dsbbkan permintaan arwah tokwan saya..pernikahan dtruskan..Dan alhmdulillah smua proses berjalan lancar.. Tanpa dsangka sgka..mak saya di beri ujian lagi..iaitu ank tiri mak saya mnyerang mak saya sewaktu pernikahan dlangsungkan..saya hanya mmpu mngis Dan melihat mak saya mngis kerana kami baru kehilangan tokwan..mak saya adalah wanita yang kuat..tetap sabar Dan tak membalas APA yang dibuat boleh ank tiri ayah saya.. Selepas Dari ITU ...khdupan mk saya berubah..mak saya berhenti Kerja Dan menjaga ayh tiri saya sepenuh masa..Dan apabila umur saya tgkatan 2..saya tggl bersma kakak2 saya.Dan mak saya bersama dengan ayah tiri saya...kami semua berpindah ke perumahan taman..cuma berlainan rumah.. Walaupun berlainan Rumah..mak saya ttp menjga mkn pkai saya..tak pernah abaikan saya walaupun Sudah bertukar status..yang paling saya hormati mak saya bila ank2 tiri ayah saya tidak mnerima mak saya..mak saya tak pernah membalas Makian Dan hinaan terhdap mereka..tapi mak saya lagi mnyuruh kami bersabar Dan jangan membalas apa2.. Dan alhmdulillah berkat kesabaran mk saya menjga ayah tiri saya slma 8 tahun..melembutkan sedikit hati mereka.. Saya tak mmpu menjadi sperti mak saya.. Dan tahun lepas mak saya menerima dua lagi ujian yang tidak dsangka2..hurm opah saya meninggal dsbbkan Kanser,abg mak saya meninggal dsbbkn Kanser usus...Dan tahun lepas juga ujian ketiga..ayah tiri saya meninggal dunia..dsbbkn Kanser...saya mlihat sndiri bgaimna mak menjga,memenuhi hasrat ayah saya,ulang alik utk rawatan ayah tiri saya,tdak tdur hampir 8 bulan,dimaki oleh ayh tiri saya dsbbkn keadaannya yang smakin truk Kanser tahap akhir..Dan ujian seterusnya hanya Allah sahaja Yang tahu..mak saya wanita syurga inspirasi saya yang tak pernah mengeluh menjga saya Dan adik beradik saya..mnerima ujian Dan mnerima saya seadanya..bulan ITU sahaja..mak saya juga menjaga 30 ekor kucing..mak saya seorg yang penyayang Dan tak pernah berkira.. Dan kini..mak saya dkurniakan lagi perkahwinan yang ke 3..sentiasa doakan mak saya berbahgia...Dan insyaAllah bakal menerima 2 org cucu tk lama Lgi..aamiin.. ROSMAWATI adalah wanita inspirasi saya supaya saya tetap kuat,sabar Dan menjadi inspirasi utk saya menjadi IBU yang lebih baik..insyaAllah Sayang dunia akhirat.. #tapWanitaBesi

Baca lagi
Post reply image
Super Mum

Assalamualaikum wbt. Salam sejahter. Setiap orang biar lelaki mahupun perempuan mesti ada Wanita Inspirasi masing-masing. Begitu juga saya. Saya membesar tanpa belaian, kasih sayang mahupun perhatian seorang ibu. Ketika ayah dan emak saya berpisah, saya masih kecil. Sejak itu, kakak saya yang sulung mengambil alih semua tugas emak dirumah. Siapkan baju-baju kerja ayah, baju-baju sekolah adik-beradik lain yang masih bersekolah, makan minum, semuanya. Dari belum berkahwin, sehingga kakak berkahwin, dia jaga saya macam anak sendiri. Kemana pergi mesti bawa saya bersama. Hinggakan orang kata saya anak dia. Walaupun pada suatu ketika kakak sudah punya anak, saya tetap dibawa bersama ke mana-mana saja. Jaga ayah semasa ayah sakit. Jaga kakak saya sorang lagi diwad sebab eksiden. Dia tak pernah pentingkan diri sendiri. Sentiasa dahulukan kami adik-beradik. Sehingga sekarang, jika adik-beradik lain yang punya masalah mesti akan minta tolong kakak. Ayah saya dah berumur 83 tahun, masih mengharapkan kakak sehingga kini jika perlukan bantuan. Kakak tak pernah kata tidak, sentiasa ada masa dan ruang untuk kami adik beradik. Sepanjang tinggal bersama kakak selama 26 tahun, dia dan suami jaga saya macam anak sendiri. Tak pernah ketepikan saya. Dari saya bayi, sehingga kini, saya dah berkahwin, dah beranak 2. Bila balik kampung saya akan tinggal dirumah dia. Dia sentiasa nampak kuat. Sentiasa senyum. Sentiasa ketawa bila bersama-sama kami. Dikampung sendiri kakak memang dikenali ramai disebabkan sikapnya yang ramah, ringan tulang. Kalau kenduri dikampung kakak lah ketua untuk uruskannya. Orang kampung sendiri percayakannya. Walaupun sibuk dengan perihal orang sekeliling, kami adik2 dia tak pernah abaikan. Selalu ambik berat. Telefon tanya khabar. Tanggungjawab pada keluarga sendiri, suami dan 5 orang anak lelakinya tak pernah terabai. Tanggungjawab sebagai hamba pada Allah tak pernah lupa. Setiap malam kakakn akan ke masjid. Banyak perkara banyak benda yang saya belajar dari kakak saya. Kekuatan, ketabahan, kesabaran, ketenangan, dan banyak lagi. Walaupun sibuk seharian, dunia dan akhirat dia tetap seimbang. Kakak telah besarkan saya dengan baik sekali. Saya tak dapat bayangkan kalau saya kehilangan kakak nanti. Saya belum bersedia. Terlalu banyak jasa, budi kakak pada saya. Tak terbalas. Tahun ni kakak akan berumur 50 tahun. Saya berdoa semoga kakak akan dipanjangkan umur, diluaskan pintu rezeki, dirahmati Allah. Semoga Syurga buat kakak nanti. Terima Allah, terima kasih ayah, terima kasih emak, kurniakan kakak kepada kami adik-beradik. Semoga kakak sentiasa dalam perlindungan Allah SWT... Terima kasih kakak FAUZILAH BINTI MOHAMMAD. Sesungguhnya tiada yang dapat menggantikan tempat kakak. Sayang kakak dunia akhirat😘. #tApWanitaBesi

Baca lagi

Wanita inspirasi saya terdiri daripada 3 org:- 1. Saidatina Khadijah Dimana beliau merupakan wanita dan role idea yang sangat dikagumi oleh semua wanita termasuk diri saya. Beliau merupakan wanita besi yg sentiasa menjadi tulang belakang kepada suaminya Muhammad S.A.W. Bukan itu sahaja belia juga merupakan wanita pertama yang mencium bau syurga dimana ianya sangat dicemburui oleh setiap2 wanita. Dialah Saidatina Khadijah dermawati yang sanggup berjuang ke arah jihad Rasulullah. Betapa kayanya beliau tapi bagi Saidatina Khadijah harta & kekayaan bukanlah pengukur segalanya. Budi pekerti beliau menjadi role model saya untuk sentiasa bersifat sederhana dalam kehidupan dan menjadi isteri yang akan sentiasa menjadi tunggak utama suami tercinta. 2. Saidatina Aisyah Kelembutan beliau menjadi impian setiap golongan wanita. Menjadi puteri buat Rasulullah menjadikan beliau seorang wanita, isteri, anak dan serikandi yang sangat memperjuangkan agama. Sentiasa memberi semangat kepada suami & ayahanda tercinta dalam tegakkan agama islam. Ketegasan dalam kelembutan beliau sebagai seorang ibu untuk mendidik anak-anak menjadi contoh tauladan. Saidatina Aisyah menjadi sumber inspirasi saya sebagai menjadi seorang wanita yang kuat untuk sentiasa menyokong kejayaan suami, inspirasi saya sebagai seorang ibu yang tegas tetapi lembut dalam mendidik anak-anak. 3. Ibuku Kesusahan beliau dalam membesarkan saya dengan menyediakan pelbagai kemudahan hidup dari segi pendidikan, kewangan dan sebagai mengajar saya erti kesabaran dan kesusahan untuk berjaya sehingga kini. 9 bulan di dalam kandungannya membuat saya sedar betapa kepayahan seorang ibu mengendong saya tanpa ada rasa penat malah dicurah lagi dengan kasih sayang yang tiada putusnya sampai kesyurga. Kasih sayangnya yang memberi susu untuk diminum dikala saya kehausan tanpa sebarang kekeluhan malah dia akan pastikan kekenyangan buat puterinya. Tiada tandingan kasih sayang nya. Doanya yang tidak terhijab sentiasa mendoakan kejayaan saya sehingga ke hari ini. Ibu terima kasih di atas segala kesabaran, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya yang pernah ibu berikan kepada saya. Terima kasih. Keistimewaan ketiga-tiga wanita ini menjadi sumber inspirasi yang kuat buat saya yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi untuk menjadi wanita yang menjadi tunggak kejayaan buat suami, menjadi ibu yang penyayang buat putera puteri nanti dan menjadi wanita yang kuat yang sentiasa menjadi tunggak keluarga disamping suami. InsyaAllah.

Baca lagi
VIP Member

Inilah wanita #tApWanitaBesi saya! Dilahirkan pada Januari 1966 dan dinamakan Norehan Norlida. Sepanjang kehidupan ini, mama telah membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang wanita besi kerana selalu berani menongkah arus normaliti. Mama adalah wanita pertama di kampungnya yang telah berani mengorak langkah untuk memasuki alam menara gading di USM. Zaman mama belajar dulu kemudahan internet, telefon bimbit sememangnya tiada maka hanyalah utusan surat dari kampung pengubat rindu. Mama mengambil suatu bidang yg kedengaran asing pada zaman itu iaitu bidang pembinaan bangunaan (building construction). Bidang tersebut selalunya didominasikan oleh kaum lelaki. Namun, mama tidak berputus asa, walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan wanita tak sesuai, tak akan setanding dengan lelaki dan sebagainya mama tetap meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun bekerja, mama telah diberi kepercayaan yg besar dan berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Projek bagi projek terkemuka di Malaysia seperti pembinaan SBP, MRSM dan bangunan utama di negara ini. Paling manis, mama juga terlibat mengembleng tenaga dan ideanya dalam kerja pembangunan mercu tanda kebanggan Malaysia iaitu KLCC! Semangat mama tidak terhenti di situ sahaja, setelah beberapa tahun bekerja, mama merasakan telah tiba masanya untuk mencurahkan ilmunya buat generasi yang baru. Maka, mama pun mengambil keputusan untuk memasuki bidang pendidikan sebagai pensyarah. Bermula pula episod baru dalam kehidupan kami iaitu mama mengambil pengajian Doktor Falsafah (PhD) pada usia 48 tahun. Mama perlu banyak berkorban ketika ini. Abah juga sangat banyak membantu mamaku agar perjalanan PhD nya akan tetap lancar walau apa jua dugaan yg hadir. Alhamdulillah akhirnya mama telah bergraduasi sebagai seorang Doctorate di usia 52 tahun. Ramai rakan seusia mama ketika ini hanya mahu berehat, duduk di rumah tetapi tidak mama dan abahku! Masih banyak idea, usaha dan kudrat mereka untuk terus memberi khidmat bakti buat nusa dan bangsa! Kini mama dan abah selalu mencari rumah anak yatim, fakir miskin atau pelajar universiti untuk dibantu semampu mereka. Alhamdulillah. Saya amat berbangga dengan kedua ibu bapa saya kerana merekalah definisi orang besi yg sebenarnya buat saya. Selamat Hari Wanita Mama dan semua ibu di dunia ini. Anda semua hebat!

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

Wanita hebat yang memberi inspirasi kepada diri saya tak lain tak bukan mak saya sendiri. Mak diuji dengan dugaan besar, ayah saya meninggal ketika ayah berusia 37 tahun. Meninggalkan mak yang baru berusia 34 tahun bersama 5 orang anak yang masing-masing umur 12 tahun, 11 tahun, 7 tahun, 1 tahun dan 3 bulan. Masa sebelum ayah meninggal, mak cuma suri rumah. Di sebabkan tak ada pendidikan yang tinggi, macam-macam kerja mak buat untuk sara kami adik beradik. Kerja pertama mak adalah bekerja di kantin sekolah. Kemudian mak jadi cleaner. Kerja cleaner ni kontrak. Bila majikan dah habis kontrak dan tak dapat tender di tempat tu, mak kena cari kerja lain. Sebab kontraktor baru dah ada pekerja sendiri. Kemudian mak pernah jadi mak cik dewan makan sekolah. Lepas tu tukar kerja jadi cleaner semula, tapi di tempat lain. Mak tak kisah apa pun tanggapan orang pada mak, yang penting mak berusaha cari rezeki yang halal. Saya tak pasti mentaliti masyarakat sekarang, tapi masyarakat dulu memandangkan serong pada golongan 'janda' ni. Pernah mak luahkan perasaan, masa tu kami baru pindah ke rumah baru. Macam biasa, bila ada jiran baru pindah jiran rumah bertentangan yang bertegur sapa. Bila dia tahu je suami mak dah meninggal, terus tak bertegur. Pelik ye? Ujian lain untuk mak adalah bila ada nya lelaki-lelaki menggatal nak mengorat mak. Dah lah menggatal, bila kantoi dengan bini pusing cerita mak nak mengorat dia. Habis terfitnah mak. Keluarga kami pun pernah di uji orang calit minyak dagu pada rumah. Itu pun tahu lepas adik sakit dan berubat dengan seorang ustaz. Kata ustaz, orang yang calit minyak dagu tu katanya nak bagi keluarga porak peranda. Wallahu'alam. Banyak lagi sebenarnya ujian wanita besi yang jadi inspirasi hidup saya ni. Allah takkan menguji jika hambaNya tidak mampu. Alhamdulillah sekarang anak-anak mak semua dah berjaya. Syukur. #tApWanitaBesi

Baca lagi
Post reply image
5y ago

Masya Allah sis. Sama je dengan apa yg jadi dgn keluarga saya. Memang bermacam ragam manusia kat sekeliling kita ni. Semoga Allah berkati keluarga sis dan kita semua. Amin