Inilah wanita #tApWanitaBesi saya!
Dilahirkan pada Januari 1966 dan dinamakan Norehan Norlida. Sepanjang kehidupan ini, mama telah membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang wanita besi kerana selalu berani menongkah arus normaliti.
Mama adalah wanita pertama di kampungnya yang telah berani mengorak langkah untuk memasuki alam menara gading di USM. Zaman mama belajar dulu kemudahan internet, telefon bimbit sememangnya tiada maka hanyalah utusan surat dari kampung pengubat rindu. Mama mengambil suatu bidang yg kedengaran asing pada zaman itu iaitu bidang pembinaan bangunaan (building construction). Bidang tersebut selalunya didominasikan oleh kaum lelaki. Namun, mama tidak berputus asa, walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan wanita tak sesuai, tak akan setanding dengan lelaki dan sebagainya mama tetap meneruskan pengajiannya.
Setelah beberapa tahun bekerja, mama telah diberi kepercayaan yg besar dan berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Projek bagi projek terkemuka di Malaysia seperti pembinaan SBP, MRSM dan bangunan utama di negara ini. Paling manis, mama juga terlibat mengembleng tenaga dan ideanya dalam kerja pembangunan mercu tanda kebanggan Malaysia iaitu KLCC!
Semangat mama tidak terhenti di situ sahaja, setelah beberapa tahun bekerja, mama merasakan telah tiba masanya untuk mencurahkan ilmunya buat generasi yang baru. Maka, mama pun mengambil keputusan untuk memasuki bidang pendidikan sebagai pensyarah. Bermula pula episod baru dalam kehidupan kami iaitu mama mengambil pengajian Doktor Falsafah (PhD) pada usia 48 tahun. Mama perlu banyak berkorban ketika ini. Abah juga sangat banyak membantu mamaku agar perjalanan PhD nya akan tetap lancar walau apa jua dugaan yg hadir.
Alhamdulillah akhirnya mama telah bergraduasi sebagai seorang Doctorate di usia 52 tahun.
Ramai rakan seusia mama ketika ini hanya mahu berehat, duduk di rumah tetapi tidak mama dan abahku! Masih banyak idea, usaha dan kudrat mereka untuk terus memberi khidmat bakti buat nusa dan bangsa!
Kini mama dan abah selalu mencari rumah anak yatim, fakir miskin atau pelajar universiti untuk dibantu semampu mereka. Alhamdulillah. Saya amat berbangga dengan kedua ibu bapa saya kerana merekalah definisi orang besi yg sebenarnya buat saya.
Selamat Hari Wanita Mama dan semua ibu di dunia ini. Anda semua hebat!
Baca lagi