Wanita Inspirasi Anda
Hi Ibu semua! Hari Wanita semakin hampir. Mari kita sambut dengan penuh semangat! ?? Beberapa orang yang BERTUAH dengan cerita yang MENARIK akan tampil sebagai #tApWanitaBesi kami pada artikel Hari Wanita di website theAsianparent. Apa yang anda perlu lakukan adalah: 1. Ceritakan tentang wanita inspirasi di dalam hidup anda 2. Kongsikan kepada kami bagaimana dia beri inspirasi buat anda Adalah lebih baik jika sertakan sekali gambar wanita inspirasi anda. Jangan lupa gunakan #tApWanitaBesi di dalam teks anda!


Assalamualaikum wbt. Salam sejahter. Setiap orang biar lelaki mahupun perempuan mesti ada Wanita Inspirasi masing-masing. Begitu juga saya. Saya membesar tanpa belaian, kasih sayang mahupun perhatian seorang ibu. Ketika ayah dan emak saya berpisah, saya masih kecil. Sejak itu, kakak saya yang sulung mengambil alih semua tugas emak dirumah. Siapkan baju-baju kerja ayah, baju-baju sekolah adik-beradik lain yang masih bersekolah, makan minum, semuanya. Dari belum berkahwin, sehingga kakak berkahwin, dia jaga saya macam anak sendiri. Kemana pergi mesti bawa saya bersama. Hinggakan orang kata saya anak dia. Walaupun pada suatu ketika kakak sudah punya anak, saya tetap dibawa bersama ke mana-mana saja. Jaga ayah semasa ayah sakit. Jaga kakak saya sorang lagi diwad sebab eksiden. Dia tak pernah pentingkan diri sendiri. Sentiasa dahulukan kami adik-beradik. Sehingga sekarang, jika adik-beradik lain yang punya masalah mesti akan minta tolong kakak. Ayah saya dah berumur 83 tahun, masih mengharapkan kakak sehingga kini jika perlukan bantuan. Kakak tak pernah kata tidak, sentiasa ada masa dan ruang untuk kami adik beradik. Sepanjang tinggal bersama kakak selama 26 tahun, dia dan suami jaga saya macam anak sendiri. Tak pernah ketepikan saya. Dari saya bayi, sehingga kini, saya dah berkahwin, dah beranak 2. Bila balik kampung saya akan tinggal dirumah dia. Dia sentiasa nampak kuat. Sentiasa senyum. Sentiasa ketawa bila bersama-sama kami. Dikampung sendiri kakak memang dikenali ramai disebabkan sikapnya yang ramah, ringan tulang. Kalau kenduri dikampung kakak lah ketua untuk uruskannya. Orang kampung sendiri percayakannya. Walaupun sibuk dengan perihal orang sekeliling, kami adik2 dia tak pernah abaikan. Selalu ambik berat. Telefon tanya khabar. Tanggungjawab pada keluarga sendiri, suami dan 5 orang anak lelakinya tak pernah terabai. Tanggungjawab sebagai hamba pada Allah tak pernah lupa. Setiap malam kakakn akan ke masjid. Banyak perkara banyak benda yang saya belajar dari kakak saya. Kekuatan, ketabahan, kesabaran, ketenangan, dan banyak lagi. Walaupun sibuk seharian, dunia dan akhirat dia tetap seimbang. Kakak telah besarkan saya dengan baik sekali. Saya tak dapat bayangkan kalau saya kehilangan kakak nanti. Saya belum bersedia. Terlalu banyak jasa, budi kakak pada saya. Tak terbalas. Tahun ni kakak akan berumur 50 tahun. Saya berdoa semoga kakak akan dipanjangkan umur, diluaskan pintu rezeki, dirahmati Allah. Semoga Syurga buat kakak nanti. Terima Allah, terima kasih ayah, terima kasih emak, kurniakan kakak kepada kami adik-beradik. Semoga kakak sentiasa dalam perlindungan Allah SWT... Terima kasih kakak FAUZILAH BINTI MOHAMMAD. Sesungguhnya tiada yang dapat menggantikan tempat kakak. Sayang kakak dunia akhirat😘. #tApWanitaBesi
Baca lagi


