Wanita inspirasi saya terdiri daripada 3 org:-
1. Saidatina Khadijah
Dimana beliau merupakan wanita dan role idea yang sangat dikagumi oleh semua wanita termasuk diri saya. Beliau merupakan wanita besi yg sentiasa menjadi tulang belakang kepada suaminya Muhammad S.A.W. Bukan itu sahaja belia juga merupakan wanita pertama yang mencium bau syurga dimana ianya sangat dicemburui oleh setiap2 wanita. Dialah Saidatina Khadijah dermawati yang sanggup berjuang ke arah jihad Rasulullah. Betapa kayanya beliau tapi bagi Saidatina Khadijah harta & kekayaan bukanlah pengukur segalanya. Budi pekerti beliau menjadi role model saya untuk sentiasa bersifat sederhana dalam kehidupan dan menjadi isteri yang akan sentiasa menjadi tunggak utama suami tercinta.
2. Saidatina Aisyah
Kelembutan beliau menjadi impian setiap golongan wanita. Menjadi puteri buat Rasulullah menjadikan beliau seorang wanita, isteri, anak dan serikandi yang sangat memperjuangkan agama. Sentiasa memberi semangat kepada suami & ayahanda tercinta dalam tegakkan agama islam. Ketegasan dalam kelembutan beliau sebagai seorang ibu untuk mendidik anak-anak menjadi contoh tauladan. Saidatina Aisyah menjadi sumber inspirasi saya sebagai menjadi seorang wanita yang kuat untuk sentiasa menyokong kejayaan suami, inspirasi saya sebagai seorang ibu yang tegas tetapi lembut dalam mendidik anak-anak.
3. Ibuku
Kesusahan beliau dalam membesarkan saya dengan menyediakan pelbagai kemudahan hidup dari segi pendidikan, kewangan dan sebagai mengajar saya erti kesabaran dan kesusahan untuk berjaya sehingga kini. 9 bulan di dalam kandungannya membuat saya sedar betapa kepayahan seorang ibu mengendong saya tanpa ada rasa penat malah dicurah lagi dengan kasih sayang yang tiada putusnya sampai kesyurga. Kasih sayangnya yang memberi susu untuk diminum dikala saya kehausan tanpa sebarang kekeluhan malah dia akan pastikan kekenyangan buat puterinya. Tiada tandingan kasih sayang nya. Doanya yang tidak terhijab sentiasa mendoakan kejayaan saya sehingga ke hari ini. Ibu terima kasih di atas segala kesabaran, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya yang pernah ibu berikan kepada saya. Terima kasih.
Keistimewaan ketiga-tiga wanita ini menjadi sumber inspirasi yang kuat buat saya yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi untuk menjadi wanita yang menjadi tunggak kejayaan buat suami, menjadi ibu yang penyayang buat putera puteri nanti dan menjadi wanita yang kuat yang sentiasa menjadi tunggak keluarga disamping suami. InsyaAllah.
Baca lagi