Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti

Ibu-ibu yang baru lepas bersalin mesti tertanya-tanya sekiranya perlu ke berpantang atau tidak. Hal ini sudah lama menjadi tanda tanya tetapi sehingga hari ini masih lagi tiada kata putus. Adakah anda percaya dengan istilah pantang? Apakah kepentingan berpantang? Perlu ke kita berpantang? Kalau pantang makanan tapi selang-selang boleh ke? Tahukah anda, penjagaan makan selepas bersalin adalah sangat penting untuk setiap ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pantang larang dalam pemakanan selepas bersalin bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti pada 6 Julai, hari Rabu, jam 3 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Nuraziema Ari, Dietitian, Klinik Siti
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Puan, betul ke kita harus berterusan tidak meminum ais batu air selepas tempoh berpantang juga?

3y ago

Hi puan azaelea ✨ Puan digalakkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari regardless jenis suhu air (suam/sejuk) untuk : - fungsi badan yang optimum - elakkan sembelit - penyusuan Hebatnya ciptaan Allah tu dijadikan suhu air yang sejuk/ suam once masuk dalam badan, akan regulate mengikut body temperature kita