Petua anak tak meragam

Hi ibu ibu.. saya baru tertengok kat fb dimana ada sorang akak ni dia biar je anak dia merengek nak tido.. means tak de nak berbedung ke nak kasi puting kosong ke.. dia biarkan anak dia tido dalam keadaan menangis macam tu.. macam.. pandai pandai la engko.. tak de masa nak mengendeng nak memanja kan.. dia kata tu tips untuk tak nak anak meragam.. senang je tido tanpa berbuai or puting kosong lepas tu.. jangan kecam saya.. sebab saya nak tanya okey ke sebenarnya bagi anak menangis tertido sendiri tu? #seriusnanya #firstmom

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Video yg dtg dari socmed tu sis,yg baik kita jadikn teladan yg tak baik tu jadikn sempadan.Saya ibu 2 anak,dan saya sendiri mendapat nasihat dari mommy saya utk bedung baby selepas saja lahir agar baby merasa selamat spt berada di dlm perut dan memberikn keselesaan pada baby sebab bedung baby ada banyak kebaikan berbanding keburukkan.Dan jangan biar bayi menangis lama² sampai tertidur.Tak elok biar bayi menangis lama² macam tu tanpa dibedung dan diberi susu mahupun puting.Puting tu lepas beberapa tahun umur baby,nanti baby auto tak nak puting dgn sendiri mahupun google cara bagaimana supaya baby tak pakai puting lagi.Sebab doktor kata normal baby hisap puting dan beberapa tahun yg akan datang baby tak akan bergantung kpd hisap puting lagi selepas umur 6 bulan ke atas masa tu baby dah boleh makan&minum.Pengalaman anak sulung dulu gegirl now 6y,masa umur dia 8bln lebih puting trtinggal dirmh dan beli puting baru yg lain brand dan desing..auto anak saya tinggalkn puting terus.bagi balik puting yg sama pun dia tak nak lagi dah.So sis jgn fikir banyak pasal puting ya.Just dengar yg baik..hadam benda yg baik saja

Baca lagi
2y ago

Betul, anak saya mkn puting utk dia layan layan mata before nak tidur. Pastu dia sendiri keluarkan.

Boleh buat, tapi kena gunakan teknik yang betul. Boleh biarkan anak menangis untuk beberapa minit, (contoh 2 minit), kalau selepas 2 minit masih menangis, boleh pergi dekat anak & tenangkan dia (tepuk2, angkat untuk tenangkan & letak balik). Perlu consistent untuk buat mcm ni & jadikan rutin supaya anak faham yang kalau mcm ni dia dah kena tidur. Buat satu kali memang tak jadi. Kena buat berulang kali & tetapkan waktu yg sama. Jangan lah dibiarkan anak tu menangis sampai tertidur, sebab akan menggangu psikologi anak. cara anak berinteraksi dengan kita hanyalah dengan tangisan, jadi kita sebagai ibu bapa perlu lah protect anak kita sendiri. Apa2 tindakan yang kita nak buat perlulah dengan berilmu. Setiap tindakan kita akan ada impak pada anak. Sebelum buat, cuba cari info dekat youtube, atau page2 tentang cara tidur bayi. Biar kita yakin apa yg kita buat tu betul. Saya praktis benda yang sama dengan anak saya. Yang penting hari2 waktu tidur/nap yang sama. Lama2 anak dah pandai berdikari dan tidur sendiri.

Baca lagi

sye biar jgk ank sye nangis dulu tp takdela bior sampai tertidur... sbb ank sye kdg dia nangis mengada2..nangis2 tiba2 senyap..baru otw nak angkat dah senyap dulu...so kadang2 nk bergurau dgn dia jela..tp kalau nk tido,x sampai hati nk biar dia nangis sampai tertidur sendiri...kdg2 jarang sangat la..sye biar dia nangis utk bagi dia penat sekejap pastu terus la tidurkan,susukan,peluk,cium... cmtulah.. kalau tak dia menyusu main2 sblm tido..dh la susu sye mudah leaking kalau dh dihisap dia...huhu

Baca lagi
2y ago

hahahah betullah tu..kecik2 dh pandai ngada2...smelah😂

TapFluencer

bagi saya tak oke..saya tak sampai hati biar anak kecik menangis camtu..dia bukan leh bcakap, communication dia dgn nangis je..dia nangis ade sesuatu xkena, samada diaper basah, sakit perut, or nk susu. mne leh bia je..xde prsaan kot org tu😅kalau ibu normal, dia xkan biar anak menangis sorg2 mcm tu...mcm saya kalau anak dh tak leh pujuk, suami yg akan dtg tolong pujuk & tidurkan anak. xnk bini dia stressed nti wat xtau kt anak😅😅

Baca lagi
TapFluencer

apa yang saya belajar dari ilmu parenting, sangat2 tak elok tau biarkan anak menangis terlalu lama atau sampai tertidur.. risiko tinggi untuk kena sawan tangis . dan boleh kacau emosi dan mental baby 😭 dan saya pulak tak boleh tengok anak nangis sikit, jadi sayu hati .. lagi pun layan lah anak waktu baby, nanti bile dia dah besar, kite tak rasa lagi dah dia merengek nak dengan kite ..

Baca lagi

Tak sampai hati nak biar baby nangis lamalama sbb fikir baby tu tak tau apa apa & cuma nak kasih sayang orang jek. Anak sy fussy baby juga. Tak macam cousins dia yang lain yg lebih easy baby. Ada malam yang dia susah sangat nak ditidurkan, 4-5 jam pujuk suruh tidur memang menguji mental & fizikal. Selagi sy mampu sy cuba jela tenangkan dia 🥲

Baca lagi
TapFluencer

ikut kekentalan hati memasing. ada org tak kisah anak merengek meraung dia dah kebal, ada org takleh dgr pun rengek2 sikit pun nak pujuk, ada org melenting pulak dgr nangis2 ni. so ikut cara masing2. kalau kita jenis takleh anak merengek, kita cari la jalan supaya anak selesa tidur & kita pun tak naik darah. ha gitu.

Baca lagi

Bg sy semua ni bergantung atas didikan parent tergadap anak masing2 cuma zaman skrg kita senang nak search ilmu parenting melalui online.. blh ambil n belajar dari sumber yg berkualiti dan sahih contoh mcm dari page doktor² atau yg bertauliah kan..

klau sy.. sy x sanggup tgok anak biar menangis melarat gitu.. sy pujuk juga bagi susu..peluk dia.. sampai diam.. sy risau kut jd sawan tangis.. tp atas cara masing² lh nk didik anak mcm mana☺️

Tapi kita as mother msti tak sampai hati nak biarkan anak kita menangis sampai tak ada suara . Bagi saya klau itu cara dia biarlah dia ikut cara dia . Kita buat cara kita