Petua anak tak meragam

Hi ibu ibu.. saya baru tertengok kat fb dimana ada sorang akak ni dia biar je anak dia merengek nak tido.. means tak de nak berbedung ke nak kasi puting kosong ke.. dia biarkan anak dia tido dalam keadaan menangis macam tu.. macam.. pandai pandai la engko.. tak de masa nak mengendeng nak memanja kan.. dia kata tu tips untuk tak nak anak meragam.. senang je tido tanpa berbuai or puting kosong lepas tu.. jangan kecam saya.. sebab saya nak tanya okey ke sebenarnya bagi anak menangis tertido sendiri tu? #seriusnanya #firstmom

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh buat, tapi kena gunakan teknik yang betul. Boleh biarkan anak menangis untuk beberapa minit, (contoh 2 minit), kalau selepas 2 minit masih menangis, boleh pergi dekat anak & tenangkan dia (tepuk2, angkat untuk tenangkan & letak balik). Perlu consistent untuk buat mcm ni & jadikan rutin supaya anak faham yang kalau mcm ni dia dah kena tidur. Buat satu kali memang tak jadi. Kena buat berulang kali & tetapkan waktu yg sama. Jangan lah dibiarkan anak tu menangis sampai tertidur, sebab akan menggangu psikologi anak. cara anak berinteraksi dengan kita hanyalah dengan tangisan, jadi kita sebagai ibu bapa perlu lah protect anak kita sendiri. Apa2 tindakan yang kita nak buat perlulah dengan berilmu. Setiap tindakan kita akan ada impak pada anak. Sebelum buat, cuba cari info dekat youtube, atau page2 tentang cara tidur bayi. Biar kita yakin apa yg kita buat tu betul. Saya praktis benda yang sama dengan anak saya. Yang penting hari2 waktu tidur/nap yang sama. Lama2 anak dah pandai berdikari dan tidur sendiri.

Baca lagi