Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai Doc nak tanya saya selalu menyusukan bayi saya berumur 5 bulan direct feed tapi baru2 ni masa cucuk 4 bulan berat baby x naik sampai 1kg saya ada tanya Doc di KK perlu ke campur susu tepung tapi Doc cakapbx perlu sebab berat bayi saya naik 700gm cuma x cukup 1kg. Dan Doc pesan utk saya teruskan penyusuan bayi... Boleh x saya nak tahu kenapa ye berat badan bayi saya x naik walaupun saya exclusive bf... Atau pemakanan saya yg x seimbang ye... Mohon pencerahan Doc

Baca lagi