Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Boleh tak wanita mengandung puasa? Sy mengandung 7m6h skrg.
Hrp dpt perkongsian dr ibu2 kat sini
Boleh je ikut kemampuan dan keadaan kesihatan awak. Jangan paksa ok. Macam saya, masa kandungan 6 bulan, ada rutin temujanji dgn doktor pakar. Di situlah saya tanya doktor sama ada sesuai kah sy berpuasa. Saya cuba latih puasa sunat, hanya tahan 3 jam sbb sy ibu hamil GDM on diet controlled. Doktor nasihatkan saya tidak digalakkan berpuasa sbb saya dah ada jadual pemakanan untuk ibu GDM dan Ramadan nanti saya sedang sarat hamil. InsyaAllah Doktor juga setuju saya berpuasa sunat sebagai latihan puasa di Ramadan nanti, cuma, setiap kali puasa saya kena self monitoring Blood Sugar Profile yg menjadi rutin saya setiap bulan untuk pemantauan klinik. setiap kali BSP, 4 kali cek darah ok. Kalau bacaan darah bawah 4 kena buka puasa takut risiko hypo. Kalau terlebih bacaan gula, ia berisiko utk saya dan kandungan. So agak memudaratkan saya juga bila berpuasa. Gitulah... untuk awak, baik tanya doktor yg cek awak ok. Saya ibu hamil berisiko tag kuning. 😁 Apapun, semuanya niat puasa kerana Allah.. bukan kerana takut keadaan kita atau kandungan. Doa juga mohon Allah kurniakan kekuatan dlm usaha menunaikan ibadah puasa kerana-NYA. kita ada rukhsah tengok pada keadaan kita yg uzur. tak puasa, gantilah puasa dan/ atau bayar fidyah. That's it .
Baca lagi